SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SBP INTEGRASI SELANDAR MELAKA (SISMe)

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LDP) SBPIS siri 4 - PENGURUSAN ASET


25 Julai 2009 - SBPIS telah mengadakan satu lagi Latihan Dalam Perkhidmatan kali ke-04 di Bilik Mesyuarat. Semua guru dan staf turut terlibat dalam latihan tersebut.LDP siri ini memberi pendedahan kepada guru dan staf mengenai TaklimatPengurusan Aset. Taklimat ini telah didedahkan oleh Tn Hj Zainuddin yang didatangkan khas daripada PPD Batu Pahat yang pakar tentang Pengurusan Aset. Ceramah ini dijalankan selama 4 jam. Diharapkan semua guru dan staf dapat menggunakan kemahiran yang didedahkan itu dan dapat melicinkan lagi pengemaskini buku stok dan harta modal kerajaan.

TAKLIMAT KEMASUKAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH 2010

TAKLIMAT KEMASUKAN BERASRAMA PENUH 2010 SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH JASIN DI DEWAN SBPIS PADA :
TARIKH ;29 JULAI 2009
TEMPAT : DEWAN gEMILANG SBPIS
MASA : 2.00 PTG

SEMUA GPK HEM DAN GURU ICT DAERAH JASIN RENDAH DAN MENENGAH DIWAJIBKAN HADIR

PERJUMPAAN IBU BAPA DAN GURU


SBPIS 24/07/09 - Satu majlis perjumpaan ibu bapa dan guru diadakan di Balai Merdeka jam 9.00 pagi.Perjumpaan ini bertujuan untuk melaporkan pencapaian prestasi akademik pelajar T1,T2 dan T4.

SOLAT GERHANA MATAHARI

22 Julai 2009 , warga SBPIS telah mengadakan solat Gerhana Matahari jam 10.15 pagi di Surau al-Karim. Solat tersebut telah dipimpin oleh ust Sufian, selesai solat ust sufian telah membaca khutbah yang mengandungi tentang kebesaran ALLAH dan kejadian alam, khutbah juga menyentuh mengenai bertaubat, bersedekah,berpuasa, mengingatkan manusia tidak lalai, jangan leka dengan dunia dan sebagainya

PROGRAM BULAN BAHASA ANTARABANGSA dan PAMERAN SEMPENA BULAN BAHASA ANTARABANGSA


13 Julai 2009 , satu lagi Program telah dilancarkan oleh Panitia Bahasa Antarabangsa dengan kerjasama PSS SBPIS iaitu Program dan Pameran Sempena Bulan Antarabangsa.Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua Kanan En Karim Bayok di Dewan Gemilang dan seterusnya Pameran diadakan di Pusat Sumber Sekolah. Pelbagai aktiviti akan diadakan sempena bulan Antarabangsa .Pada 6 - 10 Minggu Bahasa Arab, di mana semua pelajar membuat Explorace dan Teka Teki , 13 - 17 Julai Mingu Bahasa Jerman,Kuiz dan Karoake dan seterusnya Minggu Bahasa Jepun ,semua pelajar Explorace, Pakaian Jepun, masakan Jepun manakala pelajar bahasa Jepun akan menulis karangan, Teka silang kata , Folio Budaya dan Cina iaitu 20 24 Julai, pertandingan Chopstik dan pertandingan Kuiz (pelajar bahasa Cina)

CERAMAH KAEDAH PEMBELAJARAN SAINS SECARA BERKESAN dan BAHASA ARAB -GUNTOR


11 jULAI 2009 - Satu program Ceramah Kaedah Pembelajaran Sains Secara Berkesan telah diadakan di Dewan Gemilang yang telah disampaikan oleh Prof Madya Dr Mahdi Bin Abdul Wahab, Jabatan Fizik UPM.Beliau telah memberi ceramah bertajuk Kaedah Pembelajaran Sains Berkesan dan Penilaian Kendiri Tentang Pengurusan Masa. Selain itu, satu ceramah dari guntor untuk Bahasa Arab telah dilaksanakan dengan berkesan.

KURSUS DALAM PERKHIDMATAN DI SBPI SELANDAR SIRI 3/2009




11 Julai 2009,Sabtu- SBPIS telah menjalankan satu lagi LDP iaitu dalam Pengurusan dan Pembangunan Laman Web menggunakan JOOMLA.Sebelah pagi jam 8.30 pagi satu taklimat atau pendedahan mengenai SSQS yang disampaikan En Yusairi Jaafar , di mana guru-guru yang terlibat(mata pelajaran yang dipilih) mengisikan maklumat yang diperlukan. Keseluruhan guru yang terlibat telah dapat mengisi dengan baik.Seterusnya pembinaan blog telah disampaikan oleh En Ismail Ahmad. Dalam pembinaan blog semua guru dapat membina blog peribadi.Seterusnya Pembinaan Laman Web (JOOMLA) yang disampaikan oleh En Marwan Mohamad, pegawai ICT di JPM.Diharapkan guru-guru dapat mempraktikkan semua yang dipelajari. Insya-Allah

MALAM KEBUDAYAAN SEMPENA HARI KOKURIKULUM


Malam Kebudayaan ini bertujuan memberi peluang pelajar untuk menunjukkan bakat dalam persembahan dari badan-badan uniform yang terlibat seperti Kadet Remaja Sekolah, mempersembahankan Boria, Bulan Sabit Merah -Dikir Barat, Kadet Polis - Dikir Barat, Pandu Puteri- Boria, Puteri Islam- Endang, Pengakap - Tarian Campur, dan Silat dengan Boria.

HARI PERJUMPAAN IBU BAPA BERSAMA GURU

Program ini dilaksanakan pada 4 Julai 2009 (Sabtu) - program ini bertujuan memberi peluang kepada ibu bapa pelajar Tingkatan 3 dan Tingkatan 5 bertemu dengan guru Tingkatan dan guru mata pelajaran untuk berbincang bagi meningkatkan prestasi kecemerlangan pelajar. Selain itu, program ini juga pelajar memberi akujanji/ikrar untuk meningkatkan prestasi masing-masing.Insya-Allah, AMIN..

PERASMIAN HARI KOKURIKULUM SBPIS 2009


Majlis Perasmian Perkhemahan Hari Kokurikulum 2009 SBPIS telah disempurna oleh YB En Perumal A/L Raju BCM, PJK, Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pengangkutan, Penerangan dan Pengguna

SEMPENA HARI KOKURIKULUM 2009 - PEMASANGAN KHEMAH



PEMASANGAN KHEMAH SEMPENA HARI KOKURIKULUM ( 3-5 Julai 2009)

PERASMIAN SAMBUTAN HARI KOPERASI SEKOLAH - 3 JULAI 2009

Hari ini ( 3 Julai 2009), satu majlis telah diadakan iaitu Majlis Perasmian Sambutan Hari Koperasi SBPIS. Beberapa Perutusan telah dibaca oleh pihak pentadbir. majlis ini telah dirasmikan oleh Tn Hj Muslim bin Mat Shah sebagai wakil Bendahari Angkasa Melaka.

PROGRAM 'FACE TO FACE'




















Program ini adalah satu program perjumpaan pihak pentadbir bersama dengan pelajar Tingkatan 3. In bertujuan untuk mengetahui kedudukan prestasi pelajar dengan lebih dekat lagi.