SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SBP INTEGRASI SELANDAR MELAKA (SISMe)

Majlis Anugerah HEM dan KOKURIKULUM SERTA PERLANTIKAN PENGAWAS 2010






SBPIS 20.10.2010 : SBPI Selandar akan mengadakan majlis anugerah HEM dan KOKURIKULUM untuk meraikan kejayaan-kejayaan yang telah diraih oleh para pelajar SBPIS sepanjang tahun 2010.Seramai 35 orang pelajar menerima anugerah kokurikulum peringkat Gangsa( Daerah ( 35)), Perak ( Negeri( 84)), Emas ( kebangsaan( 4)) dan anugerah tertinggi Intan ( Antarabangsa( (36)).Manakala Anugerah Hem pula untuk kategori kepimpinan PENGAWAS,MPP, BADAR, KELAB/PERSATUAN, KETUA KELAS, KETUA KAMAR, PRS, BUDIMAN, SISTEM RUMAH.Tetamu kehormat yang dijemput ialah Y.BHG DATUK HJ ABD KADER BIN MD NOR ( Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Melaka).Semoga Warga SBPIS akan Meraikan majlis ini dengan penuh rasa kesyukuran diatas kejayaan-kejayaan gemilang yang telah mereka hasilkan sepanjang tahun ini. Syabas dan tahniah diucapkan.

KURSUS KEPIMPINAN PELAJAR ( UNIT KOKURIKULUM DAN HEM)





bkt katil: SBPIS telah mengadakan program kursus kepimpinana selama 3 hari 2 malam di kem pengakap bukit katil. Pelajar yang dihantar ke kursus tersebut terdiri daripada ketua, penolong ketua, setiausaha kelab, persatuan dan badan beruniform serta ketua dorm putera dan puteri jua Badar sbpis. Pelbagai informasi berkaitan tugas-tugas mengendalikan aktiviti kelab dan sebagainya telah didedahkan kepada para pelajar. Diharapkan pelajar yang terlibat dapat memastikan organisasi yang mereka ditugaskan dapat dijalankan dengan cemerlang.

Berakhirnya Peperiksaan PMR



sbpis: Pelajar-pelajar PMR selesai menjawab peperiksaan. Semoga mereka mendapat keputusan yang cemerlang . Amin

PERJUMPAAN PENTADBIR DENGAN PELAJAR SPM 2010




SBPIS 8,10,2010: Perjumpaaan pelajar-pelajar yang lemah dalam spm telah diadakan diantara pentadbir dengan pelajar-pelajar spm 2010. Perbincangan antara pentadbir dan pelajar telah diadakan untuk membantu pelajar-pelajar tersebut meningkatkan prestasi akademik masing-masing menjelang SPM 2010.Semoga pelajar-pelajar tersebut berjaya memperbaikai kelemahan masing-masing seterusnya mencatat kejayaan gemilang dalam SPM 2010.

SPM 2010



KAMI WARGA SBPIS MENGUCAPKAN SELAMAT BERJAYA DALAM SPM 2010

KEPADA

PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 5 SESI 2010

DENGAN HARAPAN

MENCATAT KEJAYAAN CEMERLANG DALAM SPM 2010 DAN TERBAIK DI NEGERI MELAKA SERTA SBP.KAMI YAKIN ANDA BOLEH.

Pasukan rugby sbpis mencapai kegemilangan

Pasukan SBPIS telah berjaya mencatat kejayaan yang gemilang pada tahun 2010 . Pasukan ragbi u-14 dan u-16 telah mencatat kemenangan berganda menjuarai kategori CUP kejohanan u-14 dan u-16 MSSMNM 15`s yang berlangsung pada bulan September dan Oktober. Meneruskan kegemilangan pasukan , pasukan ragbi sbpis u-16 telah menyertai COBRA tournament di mana kejohanan tersebut menghimpunkan juara-juara negeri .SBPIS telah mewakili Melaka dalam kejohanan tersebut.Walaupun tidak menjuarai kategori CUP tetapi telah berjaya membawa balik pingat kategori Shield menewaskan SAS untuk menjadi Johan kategori tersebut. Syabas diucapkan kepada pengurus, jurulatih serta pemain-pemain yang bersemangat tinggi untuk mencapai kejayaan dalam menaikan nama sbpis sebaris dengan SBP lain yang cemerlang dalam akademi dan sukan.