SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SBP INTEGRASI SELANDAR MELAKA (SISMe)

KEPUTUSAN KEJOHANAN HOKI, MEMANAH DAN TENIS

BIL

PERTANDINGAN

TARIKH/TEMPAT

KEPUTUSAN

1

KEJOHANAN TENIS MSS NEGERI MELAKA 2012

16,17 DAN 18 FEBRUARI 2012

KOMPLEKS TENIS MPHTJ AYER KEROH, MELAKA

PERSEORANGAN LELAKI B 15 : JOHAN

MUHAMMAD ERZA AZMER BIN RUZANI

PERSEORANGAN LELAKI B 18 : SAGUHATI

MUHAMMAD HAFIZ HAQIMI BIN ISMAIL

MUHAMMAD AMRAN BIN MUHAMMAD ALIAS

MUHAMMAD IZYAN BIN MOHAMMAD YAZED

MUHAMMAD HUSNI ASHRAF BIN HUSIN

PERSEORANGAN PEREMPUAN B 18 : SAGUHATI

AIDA NOR SHAMIRA BT AHMAD

FATIN ATIQAH BT MUSA

SITI NUR AKMALIAH BT ZAINAL

NUR AMELIA BT HAZMI

SHAHIRA FARHANA BT AHMAD SAFIAN

2

MEMANAH MSS NEGERI MELAKA

PADA 20-23 FEBRUARI

SMK DATO BENDAHARA JASIN

PUSINGAN OLIMPIK DAN FITA (PASUKAN L18) JOHAN :

ABDUL WAFI BIN ABD RAZAK

MUHAMMAD BIN ABDUL RAHMAN

MUHAMMAD ASYRAF BIN SUHAIMI

INDIVIDU LELAKI 30 M (L18): NAIB JOHAN

ABDUL WAFI BIN ABD RAZAK

INDIVIDU LELAKI 70 M (L18): TEMPAT KETIGA

ABDUL WAFI BIN ABD RAZAK

PUSINGAN OLIMPIK (PASUKAN P18): NAIB JOHAN

AMATULLAH AMIRAH BINTI SHAHRIN

NURAINAFITRI BINTI MAT DESA

NUR ASHIKIN BINTI HAMZAH

3

KEJOHANAN HOKI SBP ZON SELATAN

PADA 22-26 FEBRUARI

LELAKI B18 MENDAPAT TEMPAT KE-3

PEREMPUAN B18 LAYAK KE SUKU AKHIR.

JEMPUTAN MESYUARAT PIBG & JAMUAN MAKAN TENGAHARI

PERSATUAN IBU BAPA & GURU

SBPI Selandar, Melaka

Dengan segala hormatnya mempersilakan

Dato’/ Datin/ Tuan/Puan

_______________________________

hadir ke Mesyuarat PIBG & Majlis Jamuan Makan Tengahari Hari Keluarga SBPIS 2012

pada ketentuan berikut:

Tarikh : 3 Mac 2012

Hari : Sabtu

Masa : 8.30 pg – 1.30 tgh

Tempat: Dataran Wawasan

Semoga dengan kehadiran Dato’/ Datin/ Tuan/Puan akan menyerikan lagi majlis ini

Terima Kasih

ATUR CARA MAJLIS

8.30 pg : Pendaftaran & Mesyuarat PIBG

11.30 pg : Ibu bapa, pelajar & guru mengambil tempat di Dataran Wawasan

11.45 pg : Ketibaan Tetamu Kehormat

11.50 pg : Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis

11.55 pg : Ucapan Pengetua Cemerlang SBPIS

12.05 tgh : Ucapan Pengarah BPSBSK

12.15 tgh : Ucapan Perasmian Hari Keluarga SBPIS olehTetamu Kehormat

12.25 tgh : Persembahan pelajar & Jamuan makan tghari

1.00 tgh :

· Cabutan bertuah

· Penyampaian Cenderamata

· Pelancaran Hari Keluarga SBPIS

2.00 ptg : Bersurai


5 BINTANG PENARAFAN SSQS 2011

SBPIS Sekali lagi di anugerahkan status 5 bintang untuk penarafan Pembestarian sekolah (SSQS 2011), tahniah diucapkan kepada seluruh warga SBPIS, khususnya PIBG sekolah yang banyak membantu dalam menjayakan penarafan ini.

Kejohanan 5th Bintang Rugby Club International Rugby 10s 2012

SBPIS, Melaka - Kejohanan 5th Bintang Rugby Club International Rugby 10s 2012 telah diadakan pada 18 - 19 Februari 2012 bertempat di Bukit Kiara Equestrian & Country Resort. 4 Pemain daripada SBPIS telah mewakili MSS Melaka (DARA) yang berada dalam kumpulan SM sains Selangor, JUmeirah RC, Abu Dhabi, Sekolah Sukan Negeri Sembilan dan Sekolah Sukan Tengku Mahkota Ismail. Dalam pertandingan tersebut Mss Melaka tewas kepada Sekolah Tengku Mahkota Ismail (0-17) di peringkat playoff cup/bowl. Sekali tewas kepada SM sains Hulu Selangor (0-12) di peringkat separuh akhir bowl. Seterusnya beroleh kemenangan dengan SM Sains di perlawanan akhir Shield dan menjuarai kategori shield (JOHAN). Permain SBP Integrasi Selandar dalam pasukan MSS Melaka terdiri daripada Muhammad Shabirin bin Abd Wahab, Muhammad Hakimi bin Azizan, Muhammad Farhan bin Sulaiman dan Muhammad Haikal bin Rusman. Tahniah diucapkan.

KEJOHANAN TENIS MSS MELAKA 2012

SBPIS, Melaka - Perlawanan akhir Kejohanan Tenis MSS Melaka 2012 telah di adakan Kompleks Gelanggang Tenis MITC, Melaka pada 21 Februari 2012. Dalam perlawanan tersebut wakil SBPIS iaitu Muhammad Erza Azmer bin Ruzani Tingkatan 3 Waja telah menjadi JOHAN kategori lelaki bawah 15. Muhammad Erza Azmer akan mewakili Melaka ke peringkat Kebangsaan. Tahniah diucapkan

HARI MERENTAS DESA 2012

20 Februari 2012: Acara Merentas Desa 2012 telah berlangsung dengan jayanya pada petang ini. Pelajar-pelajar SBPIS begitu bersemangat ketika mengambil bahagian dalam acara ini, Acara bermula pada pukul 3:45 petang dan berakhir pada pukul 5:00 petang. Para peserta terdiri daripada kategori perempuan 2, perempuan 1, lelaki 2 dan lelaki 1. En Karim bin Bayok, pengetua cemerlang SBPIS telah melepaskan peserta merentas desa pada kali ini. Para perserta menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi untuk menamatkan larian masing-masing, seterusnya menyumbangkan mata untuk rumah sukan masing-masing. Walaupun keadaan hujan yang lebat dipertengahan acara para pelajar tetap meneruskan larian mereka sehingga ke garisan penamat. Tahniah diucapkan untuk semua.

Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 Sesi 2012 "AHLAN WASAHLAN" Ambilan Ke-2.

Rabu, 15 Februari 2012 pendaftaran pelajar tingkatan 1 ambilan ke 2 telah berlangsung di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar, Melaka. Seramai 16 orang pelajar telah mendaftar, pelajar lelaki seramai 10 orang dan 6 orang pelajar perempuan. Kebanyakan pelajar yang datang mendaftar adalah dari Negeri Melaka seramai 14 orang, Negeri Johor seorang dan Negeri Sembilan seorang. Pendaftaran telah bermula jam 8.30 pagi, bertempat di Balai Merdeka, diikuti dengan taklimat dari PK HEM berkaitan dengan Pengurusan Asrama, taklimat kurikulum dan taklimat Kokurikulum. Selepas itu ibu bapa dan pelajar berurusan dengan koperasi sekolah untuk pembelian barangan keperluan sekolah dan akhirnya pelajar telah dibawa ke asrama untuk melihat tempat penginapan mereka.

PERASMIAN BULAN SAINS DAN MATEMATIK 2012

Pada 13 Feb 2012, Majlis Pelancaran Bulan Sains dan Matematik yang diadakan bertempat di dewan Gemilang SBPIS. Program ini dianjurkan Khas oleh Panatia Sains dan Matematik SBPIS, pelbagai aktiviti akan diadakan sepanjang berlangsungnya bulan Sains dan Matematik, antaranya Explorasi Matematik, Pertandingan ‘Cooking With Nature’, Pertandingan Aero Angkasa dan Pertandingan Melukis Atmosfera. Tema pada tahun ini ‘Sains dan Matematik Merealisasikan Transformasi’.Tema ini secara tidak langsung bertepatan dengan Moto sekolah 2012 bagi melahirkan pelajar yang lebih berkeyakinan, berpengetahuan dan meningkatkan pengentahuan pelajar dalam bidang Sains dan Matematik. Objektif bagi program ini adalah untuk menggalakkan budaya rekacipta dan inovasi dikalangan pelajar, selain itu program ini bertujuan meningkatkan kesedaran dan kemahuan pelajar terhadap kemajuan sains dan matematik.


Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah 2012

Pada tanggal 10 Februari 2012 bersamaan 17 Rabiulawal 1433 H, pihak sekolah dan kepimpinan BADAR SBP Integrasi Selandar telah menganjurkan Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah. Sambutan dimulakan dengan perarakan para guru dan pelajar pada jam 8.30 pagi dan bergerak menuju ke Dewan Gemilang untuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Asri Abdullah daripada Kolej Matrikulasi Melaka Londang Masjid Tanah Melaka. Ceramah yang diberi bertemakan ‘Persefahaman Asas Perpaduan Ummah’.

Sebelum ceramah dimulakan, alunan bacaan ayat suci Al-Quran oleh pelajar tahfiz Al-Quran diperdengar bagi memberkati majlis. Persembahan nasyid daripada pasukan Ilhan Nur turut dilaksanakan. Penyampaian hadiah kepada vokalis-vokalis nasyid sekolah di atas kejayaan mereka memenangi Pertandingan Nasyid Bintang Mukmin dan pemberian cenderamata telah disempurnakan oleh Tuan Haji Sharif bin Ebok dan diiringi oleh Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP) Pendidikan Islam, Ustaz Ruzzalan Che Soh.


MAJLIS PERLANTIKAN PENGAWAS PSS,PRS DAN PUSAT AKSES

Pada 7 February 2012, telah berlangsungnya majlis perlantikan pengawas PSS, PRS dan Pusat Akses bagi sesi 2012. Mereka yang menerima watikah perlantikan pada hari ini merupakan antara tenaga penggerak nadi sekolah kearah melahirkan warga sekolah yang berilmu dan Berjaya. Seramai 44 orang pengawas PSS, 13 Pengawas pusat akses dan 21 PRS telah dilantik pada tahun ini .Setiap wakil menerima watikah perlantikan daripada Pengetua Cemerlang SBPIS.Harapan pihak sekolah semoga barisan pengawas PSS, PRS, dan Pusat Akses akan dapat menjalankan amanah dan tanggungjawab yang telah diberikan dengan penuh dedikasi.

Pendaftaran Pelajar Tingkatan 4 Sesi 2012 "AHLAN WASAHLAN"

Pada 31 Jan 2012, seramai 58 pelajar tingkatan 4 telah mendaftarkan diri di SBPIS. Mereka merupakan pelajar cemerlang PMR 2011 yang terpilih memasuki sekolah ini.Seramai 36 pelajar memilih aliran sains tulin , 14 pelajar telah memasuki aliran sains agama dan selebihnya mengikuti aliran sains teknikal. Proses pendaftaran bermula pada pukul 8:00 pagi bertempat di dewan gemilang, seterusnya taklimat diberikan oleh pihak pentadbir yang bermula dengan taklimat Hem,Ko-ku, Kurikulum dan seterusnya ucapan dari pengetua cemerlang SBPIS. Seterusnya pelajar-pelajar dibawa ke asrama dan meninjau kawasan sekolah , khususnya kelas-kelas mereka. Dengan kemasukan pelajar baru, jumlah keseluruhan pelajar tingkatan 4 adalah seramai 143. Semoga ukhwah yang terbina terus terjalin buat selamanya.