SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SBP INTEGRASI SELANDAR MELAKA (SISMe)

IKTIBAR DARI PERISTIWA ISRAK & MIKRAJ


Unit Pendidikan Islam SBPIS telah menganjurkan Ceramah Perdana yang bertajuk “Iktibar Israk & Mikraj bertempat di Surau al-Karim SBPIS. Program ini telah berlangsung pada hari Selasa 27 Mei 2014. Ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Sufian, guru SBPIS. Intipati ceramah di kupas dari sudut yang berbeza dengan memberi pemahaman yangg lebih mendalam tentang hikmah Israk dan Mikraj. Antara isi kandungan ceramah yang telah disampaikan ialah Ikhtibar dan peristiwa Israk & Mikraj menyingkap  kembali sirah dan keperibadian Nabi s.a.w serta para sahabat dalam membina keunggulan peribadi serta memartabatkan Islam sebagai satu-satunya agama yang menjamin kemaslahatan dunia dan akhirat. Kita dibawa merenung kembali entiti  dan konsep sebenarnya peristiwa ini. Adakah kita setiap tahun menghayati Israk dan Mikraj? adakah kita membawa sebarang perubahan positif kepada diri kita? Marilah kita bersama-sama  menghayati dan mengambil inisiatif rentetan pengorbanan Rasulullah s.a.w, dan menghargai setiap detik perjuangan  Rasulullah s.a.w yang  sanggup berjuang untuk umatnya.

Semoga dengan adanya program seperti ini dapat memberi banyak faedah dan kebaikan kepada semua warga SBPIS dalam meningkatkan jati diri serta iktibar untuk diamalkan dikalangan mereka pada masa akan datang.

PROGRAM MENTOR MENTEE JAYAKAN BACAAN YASSIN PERDANA

Di bawah seliaan Unit Bimbingan dan Kaunseling, program berkala Mentor Dorm diteruskan lagi kali ini dengan bacaan Yassin Perdana. Majlis tersebut diadakan pada 27 Mei 2014 jam 8.00 pagi yang bertempat di Surau al-Karim,SBPIS. Ia dilaksanakan seusai perjumpaan antara mentor dan mentee.

 


 



KLINIK BOLA KERANJANG 2014


Kelab Bola Keranjang SBPIS yang diketuai oleh Farah Nabilah binti Hasim telah menganjurkan Klinik Bola Keranjang pada 19 Me 2014 bertempat di Bilik Kuliah Roslan Kassim, SBPIS. Klinik yang berlangsung selama dua jam bermula jam 4.00 petang diadakan dengan  objektif berikut :

  • mendedahkan kemahiran dan teknik asas dalam permainan bola keranjang
  • memberi tips dan lanngkah keselamatan semasa latihan dan permainan dijalankan.
  • memberi motivasi dan sokongan kepada pemain dan pelapis pasukan bola keranjang SBPIS supaya berani dan yakin untuk menyertai pertandingan.
Perkongsian ilmu taktikal dan teknik permainan tersebut disampaikan oleh Encik Vedagiri a/l Murugayh, Pengerusi Jabatan Pembangunan Non-Chinese MABA (Malaysia Basketball Association). Klinik ini turut dihadiri oleh jurulatih bola keranjang sekolah iaitu Encik Ong Yo Wee. Pelbagai ilmu dan taktik baru diperkenalkan kepada pemain-pemain sekolah. Klinik ini memberi banyak pengetahuan dan input yang sangat berharga. Diharapkan para pemain akan lebih bersemangat dan berjaya menempa nama dalam pertandingan-pertandingan yang akan disertai. 

LAWATAN PEMANTAUAN TAWARAN BARU (NEW DEALS) DI SBPIS

19 Mei 2014 - SBPIS menerima kunjungan enam orang pegawai Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) hari ini dalam siri pemantauan Tawaran Baru Pengetua (Baiah) ke sekolah-sekolah calon di negeri Melaka.


Dalam lawatan tersebut, penilaian ke atas pelaksanaan program persekolahan secara keseluruhan dibuat. Ia meliputi bidang akademik, hal ehwal murid, kokurikulum dan pengurusan serta program kebitaraan.

Kami warga SBPIS mengalu-alukan kedatangan Jemaah Nazir ke sekolah kami.

WARNA-WARNI SAMBUTAN HARI GURU SBPIS 2014


Hari Guru dengan tema : Guru Pencetus Kreativiti Penjana Inovasi disambut meriah oleh warga SBPIS pada 16 Mei 2014. Berlatar belakangkan imej pakaian glamourous, guru-guru SBPIS diarak masuk ke Dewan Gemilang bagi menyaksikan majlis. Dalam Majlis ini beberapa anugerah ikon guru disampaikan.

  • Anugerah Speaker : En. Amirul Faizan
  • Anugerah Amplifier : Cik Sarina
  • Anugerah Steve Jobs : En. Mohd Radzi & Pn. Aziah
  • Anugerah Simon Cowell : En. Mohd Zamir & Pn. Rafidah
  • Anugerah Jack And Rose : En. Ruzzalan & Pn. Norlian
  • Anugerah Oprah Winfrey : Pn. Rohani & En. Nizam
  • Anugerah Nelson Mandela : En. Karim & Cik Arnizam
  • Anugerah Justin Bieber : En. Shaifuren
  • Anugerah Nora Danish : Pn. Roseharyati
  • Anugerah Aznil Hj. Nawawi : Cik Mastura & En. Lazim
  • Anugerah Kate Midleton : Pn. Norazilawani
  • Anugerah Johny Depp : En. Shahrul Azha
  • Anugerah Angelina : Cik Hanani & En. Ramli
  • Anugerah Jozan : Pn. Farizan & En. Ong
  • Miss Universe : Pn. Faezah
  • Mister Universe : En. Azrin 

MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG (MAC) KALI KE 10

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar telah menganjurkan Majlis Anugerah Cemerlang (MAC) ke-10 pada Sabtu, 10 Mei 2014 bermula jam 8.30 pagi bertempat di Dewan Gemilang. MAC yang merupakan majlis tahunan dianjurkan khusus untuk meraikan pencapaian dan kecemerlangan murid serta guru dalam bidang akademik bagi tahun 2013. Majlis dirasmikan oleh Ybhg. Datuk Hj. Yasin bin Hj. Mohd Sarif, Mantan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka.



HARI ASRAMA TERBUKA SBPIS 2014

       9 - 11 April 2014 - SBPIS- kawasan sekitar asrama SBPIS kelihatan meriah dengan berlangsungnya Hari Terbuka Asrama SBPIS 2014. Seluruh warga SBPIS telah hadir bersama-sama bagi menjayakan program tahunan ini. Hari Terbuka Asrama SBPIS 2014 kali ini telah dirasmikan oleh Ybhg. Datuk Hj. Yasin bin Hj. Mohd Sarif, Mantan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka. 
              Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang tiga hari tersebut di antaranya ialah pertandingan keceriaan dorm & asrama, demonstrasi serta pameran permainan dan kuih tradisional serta lawatan dorm. Selain itu, gerai jualan turut memenuhi ruang legar.





            Tahniah kepada semua AJK guru dan AJK pelajar yang telah merealisasikan Hari Asrama Terbuka SBPIS 2014.

SBPIS SEBAGAI PENGELOLA KEJOHANAN BOLA TAMPAR JASIN 2014

       SBP Integrasi Selandar dipilih menjadi pengelola Kejohanan Bola Tampar MSSN Melaka Kawasan Jasin 2014. Kejohanan yang berlangsung selama dua hari dari 29 - 30 April 2014 diadakan di gelanggang bola tampar Sekolah Menengah Teknik Jasin.


Pasukan yang bertanding bagi kategori lelaki bawah 18 tahun ialah :
  1. SMKA Tun Perak
  2. SMK Selandar
  3. SMK Datuk Bendahara
  4. SMA Tahfiz Al-Quran
  5. SMK Iskandar Shah
  6. SBPI Selandar
  7. MRSM Tun Ghaffar Baba
  8. SMA JAIM Ass-Syakirin
  9. SMK Nyalas
  10. Kolej Vokasional Jasin

Kategori ini telah dimenangi oleh pasukan MRSM Tun Ghaffar Baba.


Pasukan yang bertanding bagi kategori perempuan bawah 18 tahun ialah : 
  1. SMKA Tun Perak
  2. SMK Selandar
  3. SMK Datuk Bendahara
  4. SMK Iskandar Shah
  5. SBPI Selandar
  6. MRSM Tun Ghaffar Baba
  7. SMA JAIM Ass-Syakirin
  8. SMK Nyalas
  9. Kolej Vokasional Jasin

Kategori ini telah dimenangi oleh pasukan SMA JAIM Ass-Syakirin.