SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SBP INTEGRASI SELANDAR MELAKA (SISMe)

PENGUMUMAN KEPUTUSAN SPM 2017

Alhamdulillah SPM 2017 SISME kedudukan pertama di Melaka - Pertama kali dalam sejarah SISME berada di kedudukan pertama di negeri Melaka. Tahniah kepada semua pelajar yang berusaha dengan gigih tanpa jemu, buat guru-guru SISME yang tidak pernah kenal erti lelah mendidik memberi ilmu pada anak-anak SISME, tahniah juga buat ibubapa yang sentiasa memberi galakan dan nasihat, membantu pihak sekolah demi kecemerlangan anak-anak mahupun sekolah. Tahniah buat semuaaa. syukur. Semoga anak-anak SISME SPM 2017 terus maju jaya di luar sana. Perjalanan baru bermula. Buat anak-anak SISME yang lain, jadikan kejayaan ini sebagai pemangkin semangat untuk terus mencapai kejayaan dalam semua aspek baik akademik, ko-ku mahupun sahsiah. U all can do it, nothing impossible in life unless u choose not to be.

KESELAMATAN 3K

Latihan Kebakaran dan Demostrasi memadamkan api

Alhamdulillah selesai program latihan kebakaran dan demostrasi memadam api bagi penggal pertama dengan kerjasama Jabatan Bomba Jasin. Semoga dgn latihan ini warga SisMe dapat bersedia dgn apa apa2 bencana sekiranya berlaku. In shaa Allah. Semoga program yang dirancang oleh program 3K dan pihak sekolah jalankan di nilai sebagai ibadah di sisi Allah SWT aminnnn.










KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN SISME 2018

Alhamdulilah tahniah kepada semua yg menjayakan kejohanan olahraga , hanya kpd.Allah swt dipohonkan sahaja sebesar2 ganjaran buat kalian. Pada 8 Mac 2018 telah diadakan kejohanan olahraga tahunan bagi 2018, tahniah pasukan telekom mengekalkan tahta kejuaraan , tidak dilupakan pasukan proton , modenas dan petronas yang memberi saingan yang sangat sengit untuk semua acara yang dipertandingankan, syabas dan tahniah semuaaaaaaa......... berikut rentetan gambar kejohanan berlangsung.