SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SBP INTEGRASI SELANDAR MELAKA (SISMe)

DIALOG PRESTASI SIRI 2/2020 TINGKATAN 5

    Sekitar Program Dialog Prestasi Tingkatan 5 yang telah dijalankan pada 26 September 2020 bertempat di Dewan Tan Sri Rafie Mahat. Semoga pelajar-pelajar terus cemerlang dunia dan juga akhirat.




PELUPUSAN AL-QURAN

    Sekitar Program Pelupusan Al-Quran yang telah berlangsung pada 24 September 2020 pada pukul 11.30 pagi hingga 12.30 tengah hari. Program telah berjalan dengan lancar di Masjid Ghaffar, Jasin.






JADUAL PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2020 TINGKATAN 1-4








 

Reading Hour (Week 35)

     Sekitar program Reading Hour bagi minggu ke-35. Program ini melibatkan semua pelajar iaitu pelajar Tingkatan 1 hingga pelajar Tingkatan 5.










JAPANESE ENTHUSIAST 2020

    Sepanjang bulan Ogos yang lalu, Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama Japan Foundation Kuala Lumpur (JFKL) telah menganjurkan Pertandingan Japanese Enthusiast 2020 peringkat kebangsaan. Beberapa kategori telah dipertandingkan. Antaranya ialah Tell-A-Tale, Writing Train, VTuber Challenge dan 5-Minutes Reading. Pelajar-pelajar kita yang mewakili sekolah dalam pertandingan ini telah mendapat tempat hampir dalam kesemua kategori yang dipertandingkan. Alhamdulillah dan tahniah buat para pelajar dan Arnizam Sensei!







Bersama Menuju Puncak Kecemerlangan SPM 2020

    Sekitar program 'Bersama Menuju Puncak Kecemerlangan SPM 2020' bersama pentadbir yang telah berlangsung pada 17 September 2020. Program ini disasarkan kepada pelajar-pelajar Tingkatan 5 yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tidak lama lagi.





 

MAHRAJAN ADNI PERINGKAT NEGERI MELAKA TAHUN 2020

  Pada 25 hingga 27 Ogos yang lalu, Mahrajan Adni Peringkat Negeri Melaka Tahun 2020 telah diadakan di SK Merlimau 1. Sekolah kita telah menghantar 9 orang pelajar untuk mewakili sekolah dalam pertandingan-pertandingan yang diadakan. 
    Sekolah kita telah berjaya menjadi johan dalam e-Pertandingan Tahfiz Al-Quran (Juzuk 1-30), johan e-Pertandingan Tahfiz Al-Quran (Juzuk 1-20), johan Daie Siber (Perempuan), naib johan e-Hafazan Al-Quran (Lelaki), tempat ketiga Tarannum Siber (Perempuan) dan tempat ketiga e-Pertandingan Deklamasi Syair Adab dan Nilai (Terbuka). Sekolah kita juga berjaya membawa pulang hadiah saguhati untuk kategori e-Hafazan Al-Quran (Perempuan), e-Tarannum Siber (Lelaki) dan e-Pertandingan Deklamasi Sajak Kemerdekaan (Terbuka). Tahniah!










Meyuarat Pelaksanaan TMUA Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Bil 2/2020 dan Mesyuarat Kunjung Bantu

Pada 11 hingga 12 Ogos 2020, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar terpilih sebagai tuan rumah untuk mengadakan Mesyuarat Pelaksanaan Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Bil 2/2020. Pengisian mesyuarat ini dijalankan dalam bentuk perbincangan, pembentangan serta sesi soal jawab tentang perjalanan program TMUA dan akademik di SBP. Sesi Kunjung Bantu juga turut diadakan pada hari sebelumnya bagi melihat gerak kerja yang telah dijalankan di SBPI Selandar. 

KHATTAM 30 JUZUK

Assalammualaikum... Alhamdulillah. Tahniah kepada Ahmad Nor Syafie bin Saiful Saiful Dzulfitri telah berjaya tamatkan hafazan al-Quran pada hari ini. Semoga terus istiqomah dalam jalan al-Quran dan bermanfaat untuk Islam... Amin

Tarikh mula hafal : 17 Januari 2017
Tarikh khatam : 9 September 2020

KHATTAM 30 JUZUK

Alhamdulilah, tepat jam 7.45 pagi (17 Ogos 2020), bersamaan 27 Zulhijjah 1441H, Nur Sabrina Binti Sudin (4 Al-Kisaie) telah khatam Al-Quran 30 Juzuk. Didoakan semoga Sabrina diberi kekuatan untuk terus istiqomah menjaga Al-Quran dan mengamalkannya dalam kehidupan.. Dan semoga kita semua juga mendapat bahagian daripada syafaat penghafaz Al-Quran untuk masuk ke syurga Allah S. W. T.. Aminn

KHATTAM 30 JUZUK


Alhamdulilah, tepat jam 8.29 pagi (29 Julai 2020), bersamaan 8 Zulhijjah 1441H, Rabiatul Mysarah binti Abu Samah (4 Al-Kisaie) telah khatam Al-Quran 30 Juzuk. Didoakan semoga mysarah diberi kekuatan untuk terus istiqomah menjaga Al-Quran dan mengamalkannya dalam kehidupan.. Dan semoga kita semua juga mendapat bahagian daripada syafaat penghafaz Al-Quran untuk masuk ke syurga Allah S. W. T.. Aminn

KHATTAM 30 JUZUK



Alhamdulilah, tepat jam 7.54 pagi (29 Julai 2020), bersamaan 8 Zulhijjah 1441H, Nur Zawani Mardhiah binti Zainal (4 Al-Kisaie) telah khatam Al-Quran 30 Juzuk. Didoakan semoga wani diberi kekuatan untuk terus istiqomah menjaga Al-Quran dan mengamalkannya dalam kehidupan.. Dan semoga kita semua juga mendapat bahagian daripada syafaat penghafaz Al-Quran untuk masuk ke syurga Allah S. W. T.. Aminn




PENCAPAIAN JUZUK

    Alhamdulillah dan tahniah diucapkan kepada Saudari Nur Aina Firzana binti Abd Rahim kerana telah khatam hafazan Al-Quran pada 1 September 2020. Mohon doakan beliau dan gurunya terus berusaha mengingat, mentadabbur dan mengamalkan isi Al-Quran hingga akhir hayat.



PENCAPAIAN JUZUK

    Pada 28 Ogos 2020 (Jumaat), Saudari Alya Safiyyah Mohd Rafie dari 2Khawarizmi telah berjaya menamatkan hafazan 30 juz Al Quran dalam tempoh 1 Tahun 8 Bulan. Alhamdulillah dan tahniah diucapkan. Mohon doa dari semua agar pelajar ini istiqamah dalam menjaga hafalan beliau.