SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SBP INTEGRASI SELANDAR MELAKA (SISMe)

MAKLUMAN KEPADA SEMUA GURU

1 . Mesyuarat Guru kali 1/2012

tarikh : 29hb Disember 2011 (khamis)
masa : 8.30pagi
tempat : Bilik mesyuarat

2. Semua guru diminta mencetak Standard Guru Malaysia melalui laman web KPM dan membawa catatan berkenaan pada 29hb Disember 2011
sila ikut arahan ini :-

username : (no KP sendiri)
password : 4 digit terakhir KP

3. Guru-guru diminta mengisi maklumat e-SPLG (LADAP) dalam portal PPD Jasin sebelum 31/12/2011

Keputusan PMR 2011

Keputusan PMR 2011 yang terbaik dalam sejarah sekolah. Bilangan straight's A meningkat daripada

47 orang (2010) kepada
57 orang - peratus straight's A 2011 64.09% meningkat berbanding 53.41% tahun 2010.

Tahniah diucapkan kepada semua guru, PIBG, ibubapa dan para pelajar yang telah berusaha keras untuk meningkatkan prestasi sekolah..

"SBPIS BOLEH"

MEMORANDUM KERJASAMA

MEMORANDUM KERJASAMA SEKOLAH SMP NEGERI 1 BENGKALIS RSBI, PROVINSI RIAU, INDONESIA (KOSNANIDAR spd (KEPALA SEKOLAH) dan SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI SELANDAR, MELAKA, MALAYSIA

dengan ini pihak sekolah SMPN 1 Bengkalis RSBI, Provinsi Riau Indonesia dan SBP Integrasi Selandar, Melaka Malaysia bersetuju untuk mengadakan program pendidikan dan kerjasama hubungan pendidikan untuk meningkatkan hubungan yang baik antara kedua sekolah.




SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN SPM 2011

Selamat menghadapi peperiksaan SPM 2011 . Kami seluruh warga kerja SBPIS mendoakan kejayaan anda semua. Ciptakan sekali lagi kejayaan dalam hidup anda semua, SPM adalah kayu ukur kecemerlangan anda, pastikan anda buat yang terbaik, jangan hampakan harapan kedua ibubapa, guru-guru dan keluarga anda. Tanamkan azam bahawa anda ingin berjaya dengan cemerlang mendapat Straight A+ dengan izin Allah S.W.T, Panjatkan doa padaNya, pohon Allah mempermudahkan segala urusan hidup kita. SELAMAT BERJUANG, CIPTAKAN KECEMERLANGAN DUNIA DAN AKHIRAT.


Program Excel A Plus SBPIS Bersama Pertubuhan Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (GAGASAN) 2011

Pada 28-30 Oktober 2011 julung-julung kalinya SBPIS dengan kerjasama (GAGASAN ) telah mengadakan Program Excel A Plus 2011 bertempat di SBPI Selandar Melaka. Penyertaannya adalah daripada pelajar-pelajar sekolah di Negeri Melaka yang terpilih. Kursus ini memberi penekanan terhadap matapelajaran tertentu sahaja yang agak sukar bagi menguasai dengan cemerlang seperti Matematik tambahan, Fizik, Kimia, Biologi dan Sejarah. Peceramah dan moderator dipilih daripada kalangan guru-guru pakar yang mana mereka merupakan pemeriksa kertas SPM. Objektif utama program ini adalah untuk melahirkan seramai yang boleh pelajar yang mendapat straight A+ SPM 2011.

MAJLIS GRADUASI 2011 KALI KE-7

22 Oktober 2011: SBPIS sekali lagi dalam sejarahnya telah berjaya mengadakan majlis Graduasi 2011 kali ke-7.Majlis telah diraikan dengan penuh gilang-gemilang dengan kehadiran tetamu-tetamu kehormat dan juga ibu bapa pelajar tingkatan 5.Sijil penganugerahan gradusi 2011 diberikan kepada semua pelajar ting.5 yang akan menamatkan pengajian mereka di SBPIS pada akhir tahun ini.Penganugerahan ini disampaikan oleh,YB Datuk R.Perumal Pengerusi Jawatankuasa Negeri,Pembangunan Desa dan Pertanian.Beliau mewakili Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Melaka.Majlis ini tambah bermakna dengan penganugerahan ( Anugerah kehormat) kepada Yang Berbahagia Tuan Hj.Malik Bin Ismail,beliau merupakan mantan Pengarah Jabatan Pelajaran Melaka.




MAJLIS GRADUASI 2011

Tarikh: 22 Oktober 2011
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Dewan Gemilang SBPI Selandar
Tetamu Kehormat: YAB. Datuk Seri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam
DGSM, SPDK, DCSM, DSM, PBM
KETUA MENTERI MELAKA.


PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2011 (TING 1,2 DAN 4)

Selamat menghadapi peperiksaan akhir tahun 2011 . Kami seluruh warga kerja SBPIS mendoakan kejayaan anda semua.Pastikan anda buat yang terbaik, jangan hampakan harapan kedua ibubapa, guru-guru dan keluarga anda. Tanamkan azam bahawa anda ingin berjaya dengan cemerlang dengan izin Allah S.W.T, Panjatkan doa padaNya, pohon Allah mempermudahkan segala urusan hidup kita. SELAMAT BERJUANG, CIPTAKAN KECEMERLANGAN DUNIA DAN AKHIRAT.

PROGRAM BENGKEL A+ SEKOLAH-SEKOLAH TERPILIH NEGERI MELAKA.

Tarikh: 14-16 Oktober 2011 (Jumaat-Ahad)
Tempat: SBPI Selandar Melaka
Anjuran: Majlis Pengetua Cemerlang Negeri Melaka.
Peserta: 69 Orang calon SPM 2011.
Objektif Program:
1) Melahirkan lebih ramai pelajar yang mendapat Straight A+ dalam SPM
2) Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran para pelajar
3) Perkongsian pintar dikalangan pelajar cemerlang negeri melaka.


MAJLIS PERLANTIKAN PENGAWAS 2011-2012

Pada 12 oktober 2011 telah berlangsungnya majlis watikah perlantikan pengawas sesi 2011/2012 bertempat di dewan gemilang SBPIS.Majlis ini sememangnya menjadi rutin tahunan SBPIS kerana pimpinan pelajar yang baru menerima watikah secara rasmi dari pihak sekolah.Majlis dirasmikan oleh Tuan ASP Jasmani bin Othman, beliau merupakan Ketua Bahagian Pengurusan Daerah IPD Jasin.Pengawas yang baru dilantik akan menandatangani ikrar pengawas seterusnya melafazkan ikrar pengawas sebagai janji taat setia sebelum memulakan tugas seorang pengawas.Seramai 30 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar-pelajar ting 2,3 dan 4 telah dipilih sebagai pengawas sesi 2011/2012.Selamat Maju Jaya.




Tarikh:12 Oktober 2011
Tempat:Dewan Gemilang Sbpis

Majlis Bacaan Yassin Dan Solat Hajat




Majlis Perpisahan Tuan Hj Kamaluddin Bin Niat

Tanggal 30 September merupakan hari terakhir bagi Tuan Haji Kamaluddin Bin Niat bersama dengan warga SBPIS, setelah hampir sembilan tahun menabur bakti dibumi SBPIS bertuah ini beliau terpaksa bertukar ke Sek. Men. Kem Terendak Melaka. Raut wajahnya begitu berat untuk melangkah meninggalkan SBPIS, apakan daya keadaan kesihatan beliau yang tidak mengizinkan untuk beliau berulang alik dari rumah ke SBPIS dengan jarak 100 km pergi dan balik . Kami warga SBPIS amat berat untuk menerima perpisahan ini, kenangan bersama akan tetap segar diingatan kami. Selamat maju jaya untuk Tuan Haji kamaluddin,semoga sihat sentiasa dan mendapat kebahagian dunia akhirat.

Selamat Menghadapi Peperiksaan PMR 2011

Kepada calon-calon PMR 2011, selamat menghadapi peperiksaan PMR . Kami seluruh warga kerja SBPIS mendoakan kejayaan anda semua. Ciptakan sekali lagi kejayaan dalam hidup anda semua, PMR adalah langkah kedua bagi anda, pastikan anda buat yang terbaik, jangan hampakan harapan kedua ibubapa, guru-guru dan keluarga anda. Tanamkan azam bahawa anda ingin berjaya dengan cemerlang mendapat 9A dengan izin Allah S.W.T, Panjatkan doa padaNya, pohon Allah mempermudahkan segala urusan hidup kita. SELAMAT BERJUANG, CIPTAKAN KECEMERLANGAN DUNIA DAN AKHIRAT.

Hari Keluarga SBPIS 2011



Kelab guru sekali lagi menganjurkan program hari keluarga sbpis yang sememangnya menjadikan program tahunan kelab yang dilaksanakan saban tahun. Tahun ini lokasi yang dipilih adalah Tiara Beach Resort Port Dikson, lokasi ini dipilih berdasarkan keistimewaan yang dimiliki oleh tiara Beach Resort. Berlangsung pada 23-24 september, 2 hari 1 malam dipenuhi dengan pelbagai program-program yang menarik, jelas memberikan kegembiraan kepada keluarga warga SBPIS.


MAJLIS ANUGERAH HEM DAN KOKURIKULUM 2011

Pada 22 September berlangsungnya majlis anugerah Hem dan kokurikulum yang bertempat di dewan gemilang SBPI Selandar. Program ini telah menjadi rutin tahunan sebagai menghargai sumbangan pelajar kepada sekolah ini. Pelajar yang yang aktif dan berbakat besar dalam koku dan Hem diberikan pengiktirafan kecemerlangan mereka oleh pihak sekolah. Diantara anugerah yang diberikan adalah kepimpinan pengawas, kepimpinan MPP, kepimpinan PSS, kepimpinan pengerusi Kelab/Persatuan/ dan badan beruniform, kepimpinan badar, kepimpinan ketua kelas, kepimpinan ketua kamar dan lain-lain lagi. Pihak sekolah menjemput Tn. Hj. Ruslan bin kassim Mantan YDP PIBG SBPI Selandar sebagai tetamu kehormat bagi merasmikan majlis ini.Semoga Warga SBPIS akan Meraikan majlis ini dengan penuh rasa kesyukuran diatas kejayaan-kejayaan gemilang yang telah mereka hasilkan sepanjang tahun ini. Syabas dan tahniah diucapkan.

PROGRAM JIWA MURNI MEDCAP 1 ANTARA TENTERA DARAT MALAYSIA DAN TENTERA DARAT AMERIKA FASIFIK

Pada 21-9-2011 seramai 40 orang pelajar SBPIS telah mengikuti program jiwa murni Medcap 1 antara tentera darat Malaysia dan tentera darat Amerika Fasifik yang diadakan di Kampung Orang Asli Solok Terentang, Selandar melaka. Diantara pengisian program berkenaan adalah pemeriksaan gigi,mata dan lain-lain pemeriksaan kesihatan yang diberikan secara percuma. Selain daripada itu para pelajar juga dapat beramah mesra dengan prajurit negara dan askar-askar Amerika. Mereka diberi pendedahan juga berkaitan dengan bidang kuasa prajurit negara.Disamping itu para pelajar didedahkan dengan kehidupan masyarakat orang asli dari sudut sosio ekonomi, budaya, kepercayaan dan sebagainya.