MAJLIS KHATAM HAFAZAN AL-QURAN
Sekitar Majlis Khatam Hafazan Al-Quran yang telah berlangsung pada 17 Julai 2020 di Surau Al-Karim. Majlis telah dirasmikan oleh pengetua, Tuan Haji Mohd Nordin Bin Mohd Tohir.
PENCAPAIAN JUZUK
Alhamdulillah, sekalung tahniah buat Muhammad Hamidullah, Muhammad Hafiz Alexman, Nur Zawani Mardhiah dan Rabiatul Mysarah kerana telah tamat menghafaz 30 juzuk al-Quran baru-baru ini.
Muhammad Hamidullah bersama ustaznya |
PROGRAM PEMBUGARAN MINDA SIHAT TINGKATAN 4
Unit Kaunseling SBP Integrasi Selandar telah mengadakan satu Program Pembugaran Minda Sihat yang melibatkan para pelajar Tingkatan 4 pada 17 Julai 2020 yang lalu di Dewan Tan Sri Rafie Mahat. Program ini bertujuan menyuntik dan meniupkan semangat baru dalam diri para pelajar Tingkatan 4 setelah beberapa bulan menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di rumah.
Ibadah Korban Aidil Adha
Sekitar majlis ibadah korban Aidil Adha dan akikah peringkat sekolah yang telah berlangsung pada 3 Ogos 2020 di Kampung Batang Melaka dan Ansal Ternak Farm, Kampung Jus. Acara ini telah disertai oleh guru-guru, anggota kumpulan pelaksana dan penduduk kampung.
Subscribe to:
Posts (Atom)