SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SBP INTEGRASI SELANDAR MELAKA (SISMe)

Meyuarat Pelaksanaan TMUA Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Bil 2/2020 dan Mesyuarat Kunjung Bantu

Pada 11 hingga 12 Ogos 2020, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar terpilih sebagai tuan rumah untuk mengadakan Mesyuarat Pelaksanaan Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Bil 2/2020. Pengisian mesyuarat ini dijalankan dalam bentuk perbincangan, pembentangan serta sesi soal jawab tentang perjalanan program TMUA dan akademik di SBP. Sesi Kunjung Bantu juga turut diadakan pada hari sebelumnya bagi melihat gerak kerja yang telah dijalankan di SBPI Selandar. 


Program kunjung bantu dari pihak SBP dan BPI turut diadakan untuk membantu menyelesaikan segala isu permasalahan yang timbul sepanjang program TMUA dijalankan serta berkongsi idea untuk penambahbaikan program TMUA.

Seramai 18 orang delegasi hadir antaranya para pegawai dari Sektor Bahagian Pengurusan SBP, pegawai Bahagian Pendidikan islam, pengetua-pengetua SBPI TMUA dan barisan penyelaras TMUA.

Video