SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SBP INTEGRASI SELANDAR MELAKA (SISMe)

MAHRAJAN ADNI PERINGKAT NEGERI MELAKA TAHUN 2020

  Pada 25 hingga 27 Ogos yang lalu, Mahrajan Adni Peringkat Negeri Melaka Tahun 2020 telah diadakan di SK Merlimau 1. Sekolah kita telah menghantar 9 orang pelajar untuk mewakili sekolah dalam pertandingan-pertandingan yang diadakan. 
    Sekolah kita telah berjaya menjadi johan dalam e-Pertandingan Tahfiz Al-Quran (Juzuk 1-30), johan e-Pertandingan Tahfiz Al-Quran (Juzuk 1-20), johan Daie Siber (Perempuan), naib johan e-Hafazan Al-Quran (Lelaki), tempat ketiga Tarannum Siber (Perempuan) dan tempat ketiga e-Pertandingan Deklamasi Syair Adab dan Nilai (Terbuka). Sekolah kita juga berjaya membawa pulang hadiah saguhati untuk kategori e-Hafazan Al-Quran (Perempuan), e-Tarannum Siber (Lelaki) dan e-Pertandingan Deklamasi Sajak Kemerdekaan (Terbuka). Tahniah!