SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SBP INTEGRASI SELANDAR MELAKA (SISMe)

PROGRAM PEMBUGARAN MINDA SIHAT TINGKATAN 4

    Unit Kaunseling SBP Integrasi Selandar telah mengadakan satu Program Pembugaran Minda Sihat yang melibatkan para pelajar Tingkatan 4 pada 17 Julai 2020 yang lalu di Dewan Tan Sri Rafie Mahat. Program ini bertujuan menyuntik dan meniupkan semangat baru dalam diri para pelajar Tingkatan 4 setelah beberapa bulan menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di rumah.