SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SBP INTEGRASI SELANDAR MELAKA (SISMe)

SEMAKAN KELAYAKAN TEMU DUGA HAFAZAN CALON TINGKATAN 1 & 4 SESI 2026


Semakan Panggilan Temu Duga Pengambilan Murid Tingkatan 1 dan 4 Tahfiz Model Ulul Albab, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar bagi Tahun 2026 telah dibuka.

Sila klik pautan di bawah, atau imbas kod QR pada e-poster untuk membuat semakan:

https://mylink.la/temudugasisme2026

Sesi temu duga akan dijalankan seperti butiran berikut:

Tarikh: 2-4 Disember 2025
Hari: Selasa - Khamis
Masa: 8:00 pagi
Tempat: SBPI Selandar 

Perhatian: Jika tertera "No Data" di paparan semakan, bermaksud nama tersebut tiada dalam senarai nama untuk ditemuduga. Harap maklum.

SEMAKAN KELAYAKAN TEMU DUGA HAFAZAN CALON TINGKATAN 1 SESI 2025


Assalamualaikum WBT

Makluman kepada Ibu bapa / penjaga

Semakan Kelayakan Temu Duga Tahfiz Tingkatan 1 Sesi 2025 boleh diakses melalui pautan semakan calon temu duga dan imbasan QR yang telah disediakan.

Pautan semakan calon temu duga: 


Sebarang maklumat lanjut sila hubungi Ustaz Mohd Zulhusnayain di talian 011 1063 3581

Terima kasih.


SEMAKAN KELAYAKAN TEMU DUGA HAFAZAN CALON TINGKATAN 1 SESI 2024

Assalamualaikum WBT

Makluman kepada Ibu Bapa / Penjaga

Semakan Kelayakan Temu Duga Hafazan Calon Tingkatan 1 Sesi 2024 boleh diakses dengan mengimbas kod QR atau melayari portal semakan dipautan berikut : 

https://bit.ly/temudugasisme2024

Sebarang maklumat lanjut sila hubungi Ustaz Mohd Zulhusnayain di talian 011 1063 3581

Terima kasih.

Tawaran Menduduki Sesi Temu Duga Tahfiz Model Ulul Albab SBP Integrasi Selandar Sesi 2022

Tawaran Menduduki Sesi Temu Duga Tahfiz Model Ulul Albab SBP Integrasi Selandar Sesi 2022

Assalamualaikum

Sukacita dimaklumkan bahawa anak tuan/puan berjaya untuk ditawarkan sesi Temu Duga Tahfiz Model Ulul Albab di SBPI Selandar, Melaka. Temu duga kali ini dijalankan secara atas talian yang akan berlangsung seperti berikut:

Hari : Isnin dan Selasa
Tarikh : 14 dan 15 Februari 2022
Masa : 8.30 pagi - 12.30 tengahari
Kaedah : Secara atas talian di kediaman masing-masing

Pegawai bertugas akan menghubungi nama-nama seperti di bawah. Sekiranya anda tidak menerima sebarang panggilan, sila hubungi di talian untuk tindakan selanjutnya : 

Telefon sekolah : 06-4462363
Ustaz Zulhusnayain : 011-10633581
Ustaz Izwanuddin : 019-5260753

Tekan pautan di bawah ini untuk semakan



PANGGILAN CALON TEMUDUGA TAHFIZ (TMUA) TINGKATAN 1 SESI 2021

Assalamualaikum. 

Makluman kepada Ibu Bapa / Penjaga. 

Pihak sekolah telah menghubungi semua Calon Temuduga Tahfiz (TMUA) Tingkatan 1 Sesi 2021 sebelum ini. Bagaimanapun terdapat sebahagian calon gagal untuk dihubungi atas kerana maklumat seperti nombor telefon tidak dinyatakan dalam senarai semakan sekolah. 

Ibu Bapa / Penjaga boleh membuat semakan nama di bawah ini dengar kadar segera.

Tekan di sini untuk muat turun senarai nama :  

https://ehafazan.com/Calon-Tidak-Lengkap-Temuduga.pdf

Atau lihat senarai di bawah ini : 


Boleh hubungi talian berikut untuk tindakan selanjutnya : 

Telefon sekolah : 06-4462363
Ustaz Zulhusnayain : 011-10633581
Ustaz Izwanuddin : 019-5260753








INTERNATIONAL VIRTUAL EDUCATIONAL INVENTION, INNOVATION & DESIGN COMPETITION

    Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada lapan orang pelajar tingkatan 5 yang telah berjaya mengharumkan nama sekolah dalam pertandingan 'International Virtual Educational Invention, Innovation & Design Competition' . Sekalung tahniah juga diucapkan kepada Dr Azlina bte A Rahman selaku guru pembimbing yang tidak pernah lelah dalam memberikan bimbingan dan tunjuk ajar kepada para peserta.

 Kumpulan A: Anugerah Gangsa

1. Muhammad Fakrullah bin Latif (5 Ibnu sina)

2. Azlan bin Azmi (5 Ibnu sina)

3. Nur Alyssa Safiah Binti Mohd Shahrir (5 Ibnu sina)

4. Nur Mahfuzah Binti Bun Yamin (5 Al razi)


Kumpulan B: Anugerah Gangsa

1. Muhammad Zahiruddin bin Zuri (5 Ibnu khaldun)

2. Fakhrul Razee Bin Azhar (5 Ibnu khaldun)

3. Syasha Adlyna bt Khairul Azrin (5 Ibnu khaldun)

4. Musfaiza bt Mustaffa (5 Ibnu khaldun)

ANUGERAH SEKOLAH BERKUALITI PERINGKAT NEGERI MELAKA

 

    Alhamdulillah dan tahniah kepada kepimpinan Tuan Pengetua, Tn Hj Mohd Nordin Mohd Tohir, barisan pentadbir, guru-guru, anggota-anggota kumpulan pelaksana, staf-staf keselamatan, kebersihan dan kontraktor dewan makan yang telah melaksanakan tugas dengan cemerlang sepanjang tahun 2020. Terima kasih tidak terhingga juga diucapkan diatas komitmen yang tinggi dan tidak berbelah bagi yang telah ditunjukkan sepanjang tahun 2020 yang penuh dengan ujian dan pancaroba ini. Semoga dengan pengiktirafan ini menyuntik semangat dalam diri kita semua untuk kekal cemerlang seterusnya mengukir nama SBP Integrasi Selandar di persada dunia.

PENCAPAIAN JUZUK


Assalammualaikum wbt...

    Alhamdulillah, Tahniah diucapkan kepada Irwani Safiah Binti Mohammad Hidhir, Tingkatan 3 Al-Farabi, Halaqah 3 Hamzah yang telah berjaya menamatkan hafazan Al-Quran pada hari Rabu, 2 Disember 2020. Terima Kasih buat seluruh warga SISMe atas usaha sama yang diberikan. Semoga Irwani terus istiqomah dalam mengamalkan al-Quran, memberi manfaat untuk ummah serta mencapai kejayaan dunia & akhirat... Amin



 

PENCAPAIAN JUZUK


     Alhamdulillah pada 27 Nov 2020 yang lalu, telah lahir seorang lagi al-hafizah di SBPI Selandar. Beliau ialah Nurul Najihah binti Hanapi Al-hafizah (Halaqah: 4 Hafs). Semoga hafalan 30 Juzuk terus tersemat di dada dan terus istiqomah menjaga Al-Quran serta mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Tahniah diucapkan buat Saudari Najihah dan guru halaqah iaitu Ustazah Nas Hazim Binti Zainal.

PENCAPAIAN JUZUK

    Alhamdulillah telah lahir tiga orang lagi al-hafizah di SBPI Selandar. Nama al-Hafizah kali ini ialah  Ana Widyan Wahyuni bt Supian, Nurul Humairah bt Baharudin dan Nur Anis Hadirah bt Razali. Semoga hafalan 30 Juzuk, Ana, Humairah dan Anis terus tersemat di dada dan terus istiqomah menjaga Al-Quran serta mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Tahniah diucapkan!

Tarikh khatam :

Ana Widyan Wahyuni : 13 November 2020

Nur Anis Hadirah : 14 November 2020

Nurul Humairah : 14 November 2020

OUTREACH AKADEMIK BIOLOGI DAN PENGAPLIKASIAN KEMAHIRAN BELAJAR

    Pada 6 November 2020 yang lalu, Panitia Biologi SBP Integrasi Selandar telah menganjurkan Outreach Akademik Biology Dan Pengaplikasian Kemahiran Belajar dengan jayanya. Program ini telah melibatkan murid-murid tingkatan 4, dari jam 8.00 pagi sehingga 4.30 petang. Program ini secara tidak langsung dapat membantu murid-murid tingkatan 4 dalam memahami dan menguasai topik-topik matapelajaran Biologi dengan lebih jelas. Tahniah diucapkan kepada guru-guru Biologi dan murid-murid tingkatan 4.







"Ya Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu dan berilah aku kefahaman (pengertian yang baik dan fahaman)."


'Menyerlah Dari Yang Biasa'

     Pada 18 November 2020 yang lalu, satu program bicara santai 'Menyerlah Dari Yang Biasa' bersama pihak Alumni SISMe SPM 2015 telah pun berlangsung dengan jayanya. Program ini bersasar kepada murid Tingkatan 5. Di harap dengan adanya program seperti ini, sedikit sebanyak mampu untuk menyuntik semangat dan motivasi ke dalam diri anak didik Tingkatan 5. Selamat maju jaya diucapkan!



PENCAPAIAN JUZUK

 

    Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. Nur Amirah Syafiqah, Aisyah Ajlaa', Nur Maisarah Saffa', Nur Shamimi Zambri, Nur Izzati dan Fatin Afiqah telah selamat menamatkan hafazan 30 Juz Al-Quran. Mohon doakan agar anak-anak ini istiqamah dalam mengingat, memahami dan berakhlak dengan Akhlaq Al-Quran.

JOHAN VIDEO ANIMASI SAYANGI DIRI, UTAMAKAN KESELAMATAN DIRI

 

     Tahniah diucapkan kepada Syafiqah Hananiah binti Nur Muhammad Faisal, Iliya Maisarah Binti Harun, Alia Maisara binti Mohd Razif, Fathin Nadhirah binti Mohd Haizal, Sofiyah Munirah binti Mohamad Ali kerana telah berjaya menjadi johan peringkat negeri Melaka dalam pertandingan "Video Animasi Sayangi Diri, Utamakan Keselamatan Diri". Mereka akan mewakili negeri Melaka ke peringkat kebangsaan.

PENCAPAIAN JUZUK

    Alhamdulillah dan tahniah diucapkan kepada Nusyahidah Nasri dan Affrina Madihah Azman. Pelajar Tingkatan 3 Halaqah Bazzi . Mereka telah berjaya menamatkan hafazan al-Quran pada hari ini  4 November 2020. Terima kasih buat seluruh warga SISMe atas usaha sama yang diberikan. Semoga keduanya terus istiqomah dalam jalan al-Quran, memberi manfaat untuk ummah serta capai kejayaan dunia & akhirat... Amin 🤲

PENCAPAIAN JUZUK


 Assalammualaikum wbt...

    Alhamdulillah, tahniah diucapkan kepada Muhd Ikhwan Bin Suhaimi, Tingkatan 3 Al-Khawarizmi, Halaqah 3 Ibnu Amir yang telah berjaya menamatkan hafazan al-Quran pada Isnin, 2 November 2020. Terima kasih buat seluruh warga SISMe atas usaha sama yang diberikan. Semoga Ikhwan terus istiqomah dalam jalan al-Quran, memberi manfaat untuk ummah serta capai kejayaan dunia & akhirat... Amin 🤲

CERAMAH MAULIDUR RASUL

    Sekitar Ceramah Maulidur Rasul yang telah berjalan dengan jayanya di Dewan Tan Sri Rafie Mahat dan Surau Al-Karim pada 30 Oktober 2020, jam 8 malam. Semoga kita semua dapat mencontohi baginda junjungan besar Nabi Muhammad SAW.





 

PROGRAM MENGURUS DIRI, MASA DAN PAKAIAN

     Sekitar Program Mengurus Diri, Masa dan Pakaian yang telah berlangsung dengan jayanya pada 25 Oktober 2020 bertempat di Dewan Tan Sri Rafie Mahat. Program ini disasarkan kepada pelajar Tingkatan 1 dan 2 serta dikelolai oleh para pengawas Tingkatan 4. Dengan adanya program ini, diharap adik-adik kita sentiasa gembira dan bersemangat bersekolah di sini.






PENANGGUHAN PKSK (Rujuk Surat Makluman dibawah)


Ditangguhkan kepada satu tarikh yang akan dimaklumkan