SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SBP INTEGRASI SELANDAR MELAKA (SISMe)

CERAMAH H1N1 DARI PERSPEKTIF ISLAM


14/08/2009 - Satu majlis "MUNAJAT H1N1 dan MARHABAN RAMADAN" telah diadakan di Surau al-Karim SBPIS. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Ust Ahmad Fahim bin Robani dari MMU Melaka.Ceramah ini memberi penerangan kepada pelajar-pelajar dan guru-guru mengenai wabak H1N1 dari pandangan Islam. Seterusnya dalam majlis ini juga telah diadakan Solat Hajat, Bacaan Yasin bagi menghadapi cabaran akan datang serta sempena menyambut bulan puasa.

PILIHAN RAYA SBPIS 2009


Satu Pilihan raya SBPIS telah diadakan untuk memilih Jawatan Ketua Pelajar dan Timbalan Ketua Pelajar bagi sesi 2009/2010. Pilihan raya ini telah berlangsung pada hari Sabtu - 14/08/2009. Ketua Pelajar/Pegawas dimenangi oleh saudara Syed Muhammad Syafiq Tengku Syed Nasaruddin, manakala Timbalan ketua Pelajar/Pegawas dimenangi oleh saudari Nur Adibah Rosi dan beberapa jawatan yang dipertandingkan.

PEMANTAUAN SBP PENGURUSAN AKADEMIK


12 Ogos 2009 (Rabu) - Dua pegawai dari SBP Pengurusan Akademik telah hadir ke SBPIS bertujuan membuat pemantauan akademik. Ini juga bermaksud membantu guru-guru dan pihak sekolah membuat penambahbaikan di atas segala teguran yang dibuat terutama kepada ketua-ketua panitia tertentu dan juga guru cemerlang mahupun calon guru cemerlang.