MAJLIS GRADUASI TINGKATAN 5 2009
SBPIS telah mengadakan satu Majlis Graduasi pada 11/11/2009, Majlis ini Khas untuk pelajar Tingkatan 5 yang akan menamatkan pengajian mereka selepas SPM 2009. Tujuan diadakan majlis tersebut untuk memberi motivasi dan semangat untuk mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM nanti. Selain itu untuk menunjukkan pelajar Tingkatan 5 sudah sampai ke penghujung pengajian mereka di SBPIS. Dalam majlis ini di anugerahkan kepada pelajar berdasarkan PNGK. dan 2 Anugerah Khas iaitu kepimpinan dan Akademik. Dalam majlis ini semua ibu bapa yang terlibat dijemput hadir. Majlis telah dirasmi oleh Mantan YDP PIBG Tn Hj Roslan Kasim. Pada hari yang sama Mantan telah sudi merasmikan Menara 1Malaysia bertemakan "Pelajar didahulukan, pencapaian diutamakan".
PEPERIKSAAN SPM 2009
Peperiksaan SPM akan bermula pada 18/11/2009 (RABU). Seramai 130 calon akan mengambil peperiksaan SPM tahun ini. Kami warga SBPIS mendoakan semua calon SPM dapat menghadapi perjuangan di medan peperangan (Dewan peperiksaan) dengan TABAH dengan berbekalkan ilmu yang telah dicurahkan sepanjang tempoh berada di SBPIS.
Kami doakan semua berjaya dalam peperiksaan SPM dengan mendapat keputusan yang cemerlang.LANGKAH KE DEWAN DENGAN SEMYUM, KELUAR DENGAN SENYUM .AMIN....
PROGRAM KEM MEMBACA 1MALAYSIA
Program Kem Membaca 1Malaysia peringkat SBPIS telah diadakan pada tarikh 30 Okt 2009 di Dewan Gemilang dan telah dirasmikan oleh Pengetua Kanan SBPIS En Karim Bayok. Dalam program tersebut telah diadakan Nyanyian lagu Negaraku, Negeri Melaka dan Lagu sekolah, Bacaan Doa, Ucapan Guru Media, Persembahan iaitu Ulasan Buku dan Koir,Ucapan Pengetua dan Perasmian Kem Mambaca 1Malaysia . Tema pogram ini ialah "MEMBACA MENJANA PEMIKIRAN 1MALAYSIA
Subscribe to:
Posts (Atom)