PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2012
Pelajar-pelajar SBPIS selamat menghadapi Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012, semoga mendapat kejayaan dunia dan akhirat. Kejayaan anda menjadi kebanggaan kami semua sebagai warga pendidik SBPIS. Buat yang terbaik jangan hampakan harapan dan pengorbanan kedua ibu-bapa anda.
PERTANDINGAN OLYMPIAD ANTARABANGSA PEREKA MUDA MALAYSIA (MIYIO2012) AND INTERNATIONAL ENGINEERING INVENTION & INNOVATION EXHIBITION ( I –ENVEX) DI UNIMAP , KANGAR PERLIS
Seramai 4 orang pelajar diiringi oleh PN Hjh Rafidah
Hj Kemat telah berjaya mempamerkan hasil projek mereka. Pencapaian mereka
adalah seperti berikut
|
NAMA
PELAJAR
|
TING
|
PENCAPAIAN
|
|
WAN FUQHAIRHA HUSAED BIN
ADNAN
|
5 EDISON
|
BRONZE PRIZE
|
|
MUHAMMAD LUQMAN ARIF BIN
MOHD ZAINUD-DIN
|
5 EDISON
|
BRONZE PRIZE
|
|
ABDUL WAFI BIN ABD. RAZAK
|
5IBNUSINA
|
SILVER PRIZE
|
|
MUHAMMAD HELMI HAMEZAN BIN
SHAIZAN
|
5 EDISON
|
SILVER PRIZE
|
FESTIVAL CATUR ANTARABANGSA MELAKA 2012 SEMPENA SAMBUTAN MELAKA 750 TAHUN
Seramai 4 orang
pelajar SBPIS telah menyertai Festival
ini dengan diiringi oleh En Mohd Husin Abd Rahman dan Pn Hjh Rafidah Hj Kemat
selaku guru penasihat catur.
Pertandingan bermula pada 23
April 2012 sehingga 30 April 2012.
Pertandingan ini diadakan di
Grand Ball Room , Hotel Warisan Dunia
Hang Tuah . Nur Hidayah Mazlan telah dinobatkan
sebagai pemain terbaik Melaka
yang menggondol RM 250.00 di
mana mencapai tempat ke 7 ( bawah 18
tahun) manakala Mohamad Amirull Yahya
telah mencapai tempat ke 16 dalam kategori
bawah 16 tahun.. Selebihnya
Madihah Abd Razak dan Effa Affiana Ishak
mendapat sijil Penyertaan sahaja. Bagi pihak sekolah, mengucapkan
tahniah dan bagi yang kurang berjaya diharap tidak berputus asa. Selain itu, mereka adalah golongan yang dapat melakari sejarah SBPIS yang pertama memasuki acara catur bertaraf antarabangsa. SYABAS.
Subscribe to:
Posts (Atom)



