SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SBP INTEGRASI SELANDAR MELAKA (SISMe)

LAWATAN PENANDAARASAN SMP N2 DUMAI INDONESIA

Pada 9-12 Januari 2013 seramai 38 orang pelajar dan 4 orang guru SMP N2 Dumai Indonesia telah mengadakan lawatan penandaarasan dan seterusnya termeterai perjanjian MoU bersama SBPI Selandar. Delegasi dari SMP N2 Dumai diketuai oleh Partahanan Hutabarat, ketibaan rombongan disambut meriah oleh warga SBPI Selandar dengan palungan kompang dan persembahan silat oleh pelajar SBPI Selandar. Mereka kemudiannya diberi taklimat ringkas berkaitan sekolah dan juga ucapan selamat datang daripada Pengetua Cemerlang SBPIS.Sepanjang berada disini pelbagai program telah dilaksanakan, diantara pengisian yang bermanfaat adalah sesi dialog dan perbincangan ilmiah antara guru dan pelajar SBPIS-SMP N2 Dumai.  Selain itu juga, program penghayatan kebudayaan Malaysia-Indonesia telah diadakan, dengan persembahan tarian zapin oleh pelajar SBPIS dan persembahan kebudayaan oleh pelajar SMP N2 Dumai. Semoga dengan program pengantarabangsaan ini dapat membina hubungan rapat antara kedua-dua sekolah khususnya hubungan 'Smart Partnership' berkaitan dengan perkongsian ilmu dan kepakaran.

SELAMAT DATANG


Pada 7 Januari 2013, seramai 78 orang pelajar tingkatan satu telah mendaftar di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar Melaka.  Jumlah pelajar lelaki seramai 33 orang dan perempuan 45 orang,  rata-rata pelajar adalah dari negeri Melaka , Selangor, Johor, Negeri Sembilan, Pahang dan Perak.  Pada jam 8.00 pagi pendaftaran kelas dan dorm telah dijalankan, seterusnya taklimat PBS, taklimat HEM, taklimat Kokurikulum, taklimat Kurikulum , ucapan YDP PIBG SBPIS dan Ucapan Pengetua Cemerlang.  Seterusnya urusan pembayaran yuran makan asrama dan pembelian peralatan sekolah di koperasi dan akhir sekali pelajar di bawa ke asrama untuk urusan diasrama.

Maklumat Pendaftran Pelajar Tingkatan 1 Tahun 2013

 Hari Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1, Sesi Persekolahan 2013
Tarikh: 7 Januari 2013 (Isnin)
Masa Pendaftaran : 8:30 Pagi - 12:30 Tgh
Masa Taklimat Rasmi : 10:30 - 12:30 Tgh
Tempat : Dewan Gemilang SBPI Selandar

(Urusan bersama keluarga sehingga 6:00 Petang)