SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SBP INTEGRASI SELANDAR MELAKA (SISMe)

PENCAPAIAN JUZUK


 Assalammualaikum wbt...

    Alhamdulillah, tahniah diucapkan kepada Muhd Ikhwan Bin Suhaimi, Tingkatan 3 Al-Khawarizmi, Halaqah 3 Ibnu Amir yang telah berjaya menamatkan hafazan al-Quran pada Isnin, 2 November 2020. Terima kasih buat seluruh warga SISMe atas usaha sama yang diberikan. Semoga Ikhwan terus istiqomah dalam jalan al-Quran, memberi manfaat untuk ummah serta capai kejayaan dunia & akhirat... Amin 🤲

CERAMAH MAULIDUR RASUL

    Sekitar Ceramah Maulidur Rasul yang telah berjalan dengan jayanya di Dewan Tan Sri Rafie Mahat dan Surau Al-Karim pada 30 Oktober 2020, jam 8 malam. Semoga kita semua dapat mencontohi baginda junjungan besar Nabi Muhammad SAW.





 

PROGRAM MENGURUS DIRI, MASA DAN PAKAIAN

     Sekitar Program Mengurus Diri, Masa dan Pakaian yang telah berlangsung dengan jayanya pada 25 Oktober 2020 bertempat di Dewan Tan Sri Rafie Mahat. Program ini disasarkan kepada pelajar Tingkatan 1 dan 2 serta dikelolai oleh para pengawas Tingkatan 4. Dengan adanya program ini, diharap adik-adik kita sentiasa gembira dan bersemangat bersekolah di sini.