SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SBP INTEGRASI SELANDAR MELAKA (SISMe)

PENCAPAIAN JUZUK

 

    Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. Nur Amirah Syafiqah, Aisyah Ajlaa', Nur Maisarah Saffa', Nur Shamimi Zambri, Nur Izzati dan Fatin Afiqah telah selamat menamatkan hafazan 30 Juz Al-Quran. Mohon doakan agar anak-anak ini istiqamah dalam mengingat, memahami dan berakhlak dengan Akhlaq Al-Quran.

JOHAN VIDEO ANIMASI SAYANGI DIRI, UTAMAKAN KESELAMATAN DIRI

 

     Tahniah diucapkan kepada Syafiqah Hananiah binti Nur Muhammad Faisal, Iliya Maisarah Binti Harun, Alia Maisara binti Mohd Razif, Fathin Nadhirah binti Mohd Haizal, Sofiyah Munirah binti Mohamad Ali kerana telah berjaya menjadi johan peringkat negeri Melaka dalam pertandingan "Video Animasi Sayangi Diri, Utamakan Keselamatan Diri". Mereka akan mewakili negeri Melaka ke peringkat kebangsaan.

PENCAPAIAN JUZUK

    Alhamdulillah dan tahniah diucapkan kepada Nusyahidah Nasri dan Affrina Madihah Azman. Pelajar Tingkatan 3 Halaqah Bazzi . Mereka telah berjaya menamatkan hafazan al-Quran pada hari ini  4 November 2020. Terima kasih buat seluruh warga SISMe atas usaha sama yang diberikan. Semoga keduanya terus istiqomah dalam jalan al-Quran, memberi manfaat untuk ummah serta capai kejayaan dunia & akhirat... Amin 🤲