Ceramah kesihatan mengenai scabies telah diadakan pada 9 Februari 2015 di Dewan Gemilang SBPIS berrmula jam 3.45 petang. Ceramah telah disampaikan oleh Dr. Adawiyah dari Klinik Kesihatan Selandar. Tujuan ceramah tersebut adalah untuk meningkatkan kesedaran diri tentang penjagaan kulit dan mengurangkan risiko jangkitan penyakit kulit. Sebagai langkah pencegahan pihak KK Selandar telah mengadakan saringan kesihatan kepada pelajar-pelajar.
Lawatan dan Bimbingan Pegawai SISC + BM,Dr Mohd Azam bin Ahmad
9 Februari 2015 - SBPI Selandar mengalu0alukan lawatan dan bimbingan pegawai SISC + BM PPD Jasin; Dr Mohd Azam bin Ahmad. Beliau berbesar hati menyertai warga SBPIS dalam majlis Perhimpunan Rasmi Mingguan pada jam 7.15 pagi di Dewan Gemilang, SBPIS. Semoga lawatan dan bimbingan ini memberi manfaat kepada guru dan pelajar SBPIS. Terima kasih.
Pelajar SBPIS 2014 Dalam Temuduga EDUCAMP Universiti Teknologi Petronas
Tahniah buat para pelajar yang berjaya ke Temuduga EDUCAMP Universiti Teknologi Petronas. Semoga terpilih dan berjaya melanjutkan pelajaran kalian !.
Subscribe to:
Posts (Atom)




