SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SBP INTEGRASI SELANDAR MELAKA (SISMe)

Calon-calon SPM 2017..Tahniah!

Alhamdulillah pada Isnin 27 November 2017 yang lalu selesai sudah Peperiksaan SPM untuk pelajar-pelajar Tingkatan 5 2017. Selesai sahaja peperiksaan sempat diadakan ucapan ringkas Ketua Pelajar serta pemberian cenderahati calon SPM SISMe kepada guru-guru pengawas peperiksaan SPM. Warga SISMe mendoakan agar calon-calon SPM dianugerahkan kecemerlangan dalam SPM 2017 dan terus melakar kecemerlangan di dunia dan juga akhirat. InshaaAllah..



Pertandingan Drama Piala Pengarah Negeri Melaka

Pada 23 November 2017 telah diadakan Pertandingan Drama Piala Pengarah Negeri Melaka, Sekolah-Sekolah Negeri Melaka yang bertempat di Panggung Seri Kompleks JKKN Melaka, Ayer Keroh. Dalam pertandingan tersebut SISMe berjaya memenangi:

1. NAIB JOHAN NEGERI
2. Anugerah Pelakon Lelaki Harapan Terbaik (Ahmad Hanbal bin Liman)

Alhamdulilah dan tahniah diucapkan kepada para pelajar serta guru-guru pembimbing di atas pencapaian cemerlang ini.


Program PASCA PT3 2017

Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang bulan November ini bertujuan untuk mengisi masa lapang pelajar-pelajar Tingkatan 3 selepas tamatnya peperiksaan PT3 pada Oktober yang lalu. Selain padat dengan program pengisian ilmu pelajar-pelajar Tingkatan 3 juga dihidangkan dengan pelbagai aktiviti menarik di luar serta di dalam sekolah. Semoga pengisian seperti ini dapat memberi banyak manfaat dan kenangan manis kepada para pelajar Tingkatan 3 SISMe. Tahniah diucapkan kepada Unit Bimbingan & Kaunseling SISMe, Penyelaras Tingkatan 3, serta guru-guru yang terlibat menjayakan pelbagai program yang telah dirancang.