SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SBP INTEGRASI SELANDAR MELAKA (SISMe)

Sambutan Hari guru SBPIS















sbpis 17.5: Sambutan hari Guru SBPIS telah disambut dengan meriahnya tahun ini.Bermula dengan gimik bermotor besar ke dewan diikuti rombongan berjalan kaki sehingga ke Dewan Gemilang.Perutusan Menteri dan Ketua Pengarah berserta nyanyian lagu "Guru Malaysia" telah dikemundangkan dengan penuh semangat oleh guru-guru SBPIS. Seterusnya acara sukanika menyusul pula dengan 3 permainan iaitu memotong kulit epal terpanjang, berebut kerusi dan hoki penyapu.Setelah berakhirnya sukanika semua guru dan pelajar berkumpul pula di dewan semula untuk menyaksikan persembahan pelajar seperti , Tarian endang, Boria, Dongdang Sayang, Dikir barat dan juga persembahan slaid multimedia dari para pelajar. Syabas dan Tahniah guru-guru dan pelajar yang bersama-sama memeriahkan hari guru tahun 2010.Semoga tema "Guru Pembina Negara Bangsa" akan tersemat di sanubari guru-guru SBPIS dan Semua guru di Malaysia khususnya..Selamat Hari guru!!

lagi gamba2 di hari guru