SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SBP INTEGRASI SELANDAR MELAKA (SISMe)

Kejohanan Merentas Desa SBPIS 2011

Pada 22 Januari 2011, telah berlangsung Kejohanan Merentas Desa SBPIS. Bermula pada pukul 7.30 pagi, peserta kategori Perempuan 2 telah dilepaskan diikuti oleh Perempuan 1, Lelaki 2 dan Lelaki 1. Pelepasan peserta disempurnakan oleh Ayahanda Pengetua.




Para peserta yang masing-masing bersemangat untuk menamatkan larian dan mengumpulkan mata bagi rumah sukan masing-masing memaparkan semangat kesukanan yang tinggi. Selepas 50 minit, semua pelajar telah menamatkan larian dan berkumpul di Dataran Wawasan. Suasana gamat namun meriah dengan setiap rumah sukan menyanyikan dan melaungkan lagu dan jeritan sorak rumah sukan masing-masing. Jelas, kepenatan berlari tidak menghalang para pelajar untuk menzahirkan semangat cinta rumah sukan yang tinggi.



Pada 10.45 pagi, upacara penyampaian hadiah bermula. Penyampaian hadiah dimulakan dengan kategori Perempuan 2, Lelaki 2, Perempuan 1 dan Lelaki 1. Suasana mula menjadi tegang apabila tiba waktu pengumuman johan bagi setiap kategori dan johan keseluruhan. Kategori Lelaki 1 dan Perempuan 1 dimenangi oleh rumah Petronas manakala rumah Telekom berjaya menjuarai kategori Perempuan dan Lelaki 1. Akhirnya seperti tradisi sejak pembukaan sekolah, rumah Telekom dinobatkan sebagai juara keseluruhan Kejohanan Merentas Desa SBPIS 2011. Berikut disenaraikan keputusan lengkap kejohanan tahun ini;

Johan - TELEKOM
Naib Johan - Petronas
Ketuga - Proton
Keempat - Modenas