SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SBP INTEGRASI SELANDAR MELAKA (SISMe)

MAJLIS PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 4 2011



Pada 7 Februari 2011 telah berlangsungnya Hari Pendafaran Pelajar Tingkatan Empat. Seramai 63 orang pelajar telah mendaftar di sekolah ini. Pendaftaran bermula seawal pukul 8:00 pagi. Selepas itu ibu bapa dan para pelajar telah mendengar taklimat daripada pentadbir yang dimulai dengan taklimat HEM oleh En Ramli bin Abdullah, taklimat akademik oleh Tn Hj Sharif Bin Ebok, taklimat PIBG oleh Tn Hj Haleem Bin Wahab, YDP PIBG dan taklimat sekolah daripada En Karim Bin Bayok, Tuan Pengetua Cemerlang SBPI Selandar dan diakhiri dengan sesi soal jawab oleh ibu bapa. Sesi diteruskan dengan kutipan yuran dan urusan di asrama. Diharapkan para pelajar dapat menyesuaikan diri di SBPI Selandar dan bersama-sama menyumbangkan kepada kecemerlangan sekolah.

Pelajar Mendaftar.


Taklimat dari Tuan Pengetua Cemerlang.