SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SBP INTEGRASI SELANDAR MELAKA (SISMe)

SPM 2010 TERBAIK.

SELANDAR 23 March 2011 158 orang calon SPM 2010 telah menerima slip keputusan mereka di Dewan Gemilang Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar Melaka bermula pada jam 12.00 tengah hari. Yang amat membanggakan adalah Pencapaian gred purata sekolah SPM 2010 mencatatkan 1.90, ini menunjukkan satu peningkatan jika di bandingkan dengan tahun 2009 iaitu 1.93. Seorang pelajar dari kelas Aliran Agama muncul sebagai pelajar terbaik sekolah dan juga merupakan wakil anak melayu Melaka yang cemerlang dengan mendapat keputusan 11 A+, beliau yang dimaksudkan adalah Ameerul Ashraf bin Harunnarasid yang berasal dari Bukit Beruang, Melaka. Seramai 28 orang telah mendapat Straight A dalam setiap Mata Pelajaran yang di ambil. Bagi analisis peratus kelulusan setiap subjek SPM 2010, subjek Bahasa Melayu memperolehi 100% gred A, menduduki tempat pertama di Negeri Melaka, beberapa subjek lain yang menduduki tempat pertama di Negeri Melaka iaitu subjek Bahasa Inggeris (89 % gred A), subjek Pendidikan Islam (97 % gred A),subjek Matematik (98 % gred A) dan Bahasa Arab Tinggi. Subjek Sejarah juga menunjukkan peningkatan iaitu 98 % mendapat gred A dan menduduki tempat kedua dalam Negeri Melaka. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam memartabatkan dunia pendidikan, seterusnya mencipta kecemerlangan untuk SBPIS Melaka.

Pengumuman keputusan spm 2010 oleh Tuan Pengetua Cemerlang






Ameerul Ashraf bin Harunnarasid palajar 11A+ menerima sijil dari pengetua cemerlang.