SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SBP INTEGRASI SELANDAR MELAKA (SISMe)

PERTANDINGAN THE YOUNG PILOT THAI PBS CUP 2011 SEKOLAH MAHAVAJIRAVUDH CHANGWATSONGHKLA, THAILAND DAN PROGRAM PENGANTARABANGSAAN SEKOLAH

Pada 5 hingga 9 Ogos 2011 seramai 3 orang pelajar Sbpi Selandar mewakili Malaysia dalam pertandingan ‘The Young Pilot Thai PBS Cup 2011’ yang bertempat di Mahavajiravudh Changwatsonghkla School Thailand. Pertandingan ini berlangsung selama dua hari dari 6 hingga 7 Ogos 2011. Peserta SBPI Selandar, Zaidul Ariff bin Abdul Malek, Amirul Azim bin Azman dan Ahmad Syukri bin Ibrahim diiringi dengan guru pengiring, Cik Mastura binti Bujal telah sama-sama turut serta dalam pertandingan ini termasuk pasukan daripada SMS Johor. Pertandingan ini ialah perlawanan mengikut kategori yang tertentu menggunakan model kapal terbang kawalan jauh yang dihasilkan sendiri oleh para peserta. Pasukan SBPI Selandar telah menyertai kategori ‘Treat and Beat’ iaitu memecahkan seberapa banyak belon mengikut syarat-syarat yang ditetapkan. Pasukan daripada Malaysia hanya mendapat sijil penyertaan di peringkat antarabangsa. Walaupun tidak memenangi dalam pertandingan ini, namun pencapaian ini menunjukkan bahawa SBPI Selandar mampu bersaing sehingga ke peringkat antarabangsa. Kebetulan berada di Thailand, SBPI Selandar bersama-sama SMS Johor telah mengadakan lawatan ‘Bench-marking’ ke sekolah-sekolah di sana sebanyak dua buah sekolah iaitu di Hatyaiwittayalai 2 School dan Hatyairatprachasun School. Sepanjang di Thailand juga, pelajar-pelajar Malaysia telah berpeluang untuk melawat ke tempat-tempat yang menarik di Thailand seperti Ice Dome, Klonghae Floating Market dan sebagainya.