SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SBP INTEGRASI SELANDAR MELAKA (SISMe)

Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 Sesi 2012 "AHLAN WASAHLAN" Ambilan Ke-2.

Rabu, 15 Februari 2012 pendaftaran pelajar tingkatan 1 ambilan ke 2 telah berlangsung di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar, Melaka. Seramai 16 orang pelajar telah mendaftar, pelajar lelaki seramai 10 orang dan 6 orang pelajar perempuan. Kebanyakan pelajar yang datang mendaftar adalah dari Negeri Melaka seramai 14 orang, Negeri Johor seorang dan Negeri Sembilan seorang. Pendaftaran telah bermula jam 8.30 pagi, bertempat di Balai Merdeka, diikuti dengan taklimat dari PK HEM berkaitan dengan Pengurusan Asrama, taklimat kurikulum dan taklimat Kokurikulum. Selepas itu ibu bapa dan pelajar berurusan dengan koperasi sekolah untuk pembelian barangan keperluan sekolah dan akhirnya pelajar telah dibawa ke asrama untuk melihat tempat penginapan mereka.