SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SBP INTEGRASI SELANDAR MELAKA (SISMe)

KEJOHANAN BALAPAN & PADANG MSS KAWASAN JASIN KALI KE 37 TAHUN 2012

Pada 27 Mac 2012, kejohanan balapan dan padang kawasan Jasin kali ke-37 telah membuka tirainya. Kejohanan ini akan berlangsung selama 3 hari yang akan berakhir 29 Mac 2012, kejohanan telah diadakan di stadium Universiti Teknikal Melaka yang mana SBPI Selandar telah menjadi tuan rumah bersama SK Batang Melaka dan SRJK(C) Kiow Nam. Kejohanan telah bermula sejak 8.30 pagi yang telah dimulai dengan beberapa acara saringan. Meskipun hanya peringkat saringan, para peserta menunjukkan semangat juang yang tinggi untuk melayakkan diri mereka ke peringkat akhir. Peringkat saringan tersebut berakhir kira-kira jam 12.30 tengahari. Tepat jam 2 petang, majlis perasmian telah diadakan. Majlis dimulai dengan upacara perbarisan daripada setiap kontijen yang mengambil bahagian. Majlis ini kemudian dirasmikan oleh Yb. Datuk Perumal a/l Raju yang merupakan adun kawasan Bukit Asahan . Kemudian, Muhammad Nur Hakim bin Nawawi telah mengetuai bacaan ikrar selaku olahragawan 2011. Majlis telah diserikan lagi dengan persembahan pelajar daripada SBPI Selandar.