SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SBP INTEGRASI SELANDAR MELAKA (SISMe)

PROGRAM YAUMUL MAWADDAH 2012

Pada 11 april 2012 yang lalu,telah berlangsungnya Program Yaumul Mawaddah anjuran Badan Agama Dakwah Dan Rohani(BADAR).Program ini telah melibatkan semua pelajar tingkatan 4 yang  seramai 169 orang. Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara pelajar tingkatan 4.Selain itu juga,ia dapat memupuk semangat kerjasama antara pelajar ketika diberikan tugasan dan  dapat menimba pengalaman serta pengetahuan.Setiap kelas telah diberikan tugasan masing-masing.Kelas Ibn Sina dan Eistein dibahagian memasak lemang.Kelas Benz pula dibahagian dodol,manakala kelas Ar-Razi,Newton dan Edison dibahagian BBQ.
Pada pukul 8 pagi,para pelajar tingkatan 4 telah berkumpul di belakang Dewan Makan untuk sesi taklimat penyembelihan ayam.Sesi taklimat ini telah disampaikan oleh Ustaz Jaafar.Selepas itu,para pelajar diberi peluang untuk menyembelih ayam.Pelbagai aksi dan gelagat pelajar dapat dilihat.Ini merupakan pengalaman pertama bagi mereka yang tidak pernah menyembelih ayam.Aktiviti ini berakhir pada pukul 10 pagi.
Pada pukul 11.30 pagi,pelajar-pelajar muslimin dan muslimat daripada kelas Ibn Sina dan Eistein telah berkumpul di Rumah Tetamu bagi bahagian memasak lemang.Tugasan dibahagikan kepada dua.Tugasan bagi pelajar muslimat ialah menyiapkan bahan-bahan unutuk memasak lemang manakala pelajar muslimin pula dikehendaki untuk menyiapkan tempat pembakaran untuk membakar lemang.Separuh daripada pelajar muslimah telah diminta untuk menyediakan bahan untuk perapan ayam yang dibantu oleh seorang makcik.Sementara itu,pelajar yang lain telah diberi tugasan untuk membersihkan ayam yang telah dipotong di belakang Dewan Makan.
Selepas solat fardu zuhur,para pelajar bergerak ke tempat masing-masing.Bagi kelas Ar-razi,Newton dan Edison  telah diberi tugasan untuk membakar ayam.Manakala,kelas Benz pula di beri tugasan untuk memasak dodol.BBQ,lemang dan dodol telah mula dimasak pada pukul 2 petang.Para pelajar bergotong-royong melakukan tugasan yang diberikan.Mereka  berganti-ganti  melakukan tugas yang diberikan.
Acara kemuncak bagi program Yaumul Mawaddah ialah selesai sahaja solat terawih dan witir iaitu pada pukul 10 malam.Para pelajar tingkatan 1 sehingga tingkatan 5 telah datang ke  hadapan rumah flat guru di mana makanan  telah dihidangkan.Terdapat beberapa orang pelajar tingkatan 4 yang menjaga bahagian makanan.Hal ini kerana untuk mengelakkan berlakunya ketidak kecukupan makanan.Lemang telah diagih-agihkan mengikut kamar di asrama muslimat dan muslimin.Setiap kamar mendapat 3 batang lemang dan 2 bekas dodol.
Setelah memastikan tiada pelajar yang datang,kami telah bergotong-royong membersihkan tempat-tempat yang digunakan.Kemudian, kami menikmati makanan yang ada.Selesai sahaja menikmati makanan,pelajar tingkatan 4 pulang ke kamar masing-masing.Bahagian BBQ pula telah selesai membakar  dan mengemas pada pukul 1.45 pagi.Ayam BBQ yang lebih telah dibahagikan antara pelajar  untuk dibawa pulang ke kamar.Selebihnya diberikan kepada  pekerja Dewan Makan untuk dimakan waktu sahur nanti.Selesai mengemas,pelajar tingkatan 4 Ar-Razi,Newton dan Edison pulang ke asrama.Walaupun penat tetapi kami berasa gembira kerana dapat menimba pengalaman yang tidak pernah dirasai.Kami berharap pada tahun-tahun yang akan datang program Yaumul Mawaddah akan diadakan dengan lebih baik lagi.