SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SBP INTEGRASI SELANDAR MELAKA (SISMe)

MAJLIS PERASMIAN PROGRAM BULAN BAHASA 2013

Program Bulan Bahasa SBPI Selandar telah dilancarkan secara rasminya oleh Pengetua Cemerlang pada 1 April 2013 bertempat di dewan Dewan Gemilang, program ini akan berlangsung sepanjang bulan April. Program yang menjadi acara tahunan sekolah ini bermatlamatkan untuk melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai keterampilan berbahasa yang baik dan menghargai bahasa sebagai alat penting dalam berkomunikasi. Semoga para pelajar dapat mengambil bahagian dalam pertandingan-pertandingan yang dianjurkan sempena Program Bulan Bahasa ini.