SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SBP INTEGRASI SELANDAR MELAKA (SISMe)

LAWATAN KERJA PENASIHAT SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN KPM KE SBPI SELANDAR

 
       
   Lawatan kerja Ybhg. Tan Sri Datuk Panglima Dr. Abdul Rahman Arshad ke SBPI Selandar telah diadakan pada 27 Februari 2014, Khamis. Delagasi lawatan adalah terdiri daripada :
  • Tan Sri Datuk Panglima Dr. Abdul Rahman Arshad dan isterinya
  • Encik Aidie bin Jantan, KPP Kanan, BPSBPSK, KPM
  • Puan Rohaida binti Abdul Manap, PP Kanan, BPSBPSK, KPM
  • Encik Mohd Aizzuddin bin Ali, JPN Melaka
  • Puan Hajjah Junaidi binti Santono, Fellow Kanan SBT.

      Lawatan kerja yang diadakan adalah untuk mencapai objektif seperti berikut:
  1. Mendapatkan maklumat berkenaan pencapaian dan perkembangan sekolah terutamanya etos sekolah dari aspek kejayaan, aktiviti dan perancangan strategik.
  2. Mengadakan perbincangan dan nasihat antara Penasihat Sekolah Kluster Kecemerlangan KPM dan pentadbir sekolah .
      Lawatan tersebut disambut dengan persembahan Pengakap "Adiji", tarian zapin dan pasukan ragbi. Tan Sri Datuk Panglima Dr. Abdul Rahman Arshad yang diiringi isteri beserta delagasi melawat kawasan dan bilik khas sebelum diberi taklimat ringkas oleh pengetua sekolah dan sesi perbincangan.


  Warga SBPIS berbesar hati menerima kunjungan lawatan dan merakamkan jutaan terima kasih atas lawatan kerja Ybhg. Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr. Abdul Rahman Ashad, Penasihat Sekolah Kluster Kecemerlangan KPM dan delagasinya  ke sekolah kami.