SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SBP INTEGRASI SELANDAR MELAKA (SISMe)

SBPI Selandar Mengekalkan Keputusan Cemerlang Dalam SPM 2014



3 Mac 2015 - Keputusan SPM 2014 bagi sekolah ini menyaksikan 93 orang pelajar memperolehi gred cemerlang A (A+, A dan A-). Daripada keseluruhan jumlah  tersebut, 11 orang mendapat 11A, 10 orang mendapat 10A, 13 orang mendapat 9A, 15 orang mendapat 8A, 17 orang mendapat 7A dan 27 orang mendapat 6A.

Penolong Kanan Akademik, Tn. Hj. Sharif bin Ebok dalam taklimatnya kepada ibu bapa, daripada keseluruhan jumlah pelajar cemerlang itu seramai 24 pelajar mendapat gred cemerlang A (A+, A dan A-) dalam semua mata pelajaran.

Beliau turut mengumumkan  Gred Purata Sekolah iaitu 2.1397 di mana 100% pelajar lulus dalam SPM 2014.

Berikut adalah GPMP bagi yang meningkat :

Mata  Pelajaran
2014
2013
Pendidikan Islam
1.37
1.50
Matematik Moden
0.59
0.67
Matematik Tambahan
2.30
2.33
Bahasa Arab
1.81
2.73
Prinsip Akaun
0.60

Teknologi Kejuruteraan
2.56
2.57
Kimia
3.92
4.20
Biologi
3.31
3.34
Pendidikan Al-Quran dan Sunnah
2.04
2.33
Pendidikan Syariah Islamiyah
1.14
1.50

Aisya Sofea, pelajar cemerlang yang mendapat 11A

Wajah-wajah straight A
Wajah-wajah straight A SPM 2014