SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SBP INTEGRASI SELANDAR MELAKA (SISMe)

MAJLIS PERASMIAN ZOOMERS KELAB DOKTOR MUDA SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2015

Melaka,15 September 2015 - Majlis Perasmian Zoomers Kelab Doktor Muda Sekolah Menengah, Peringkat Kebangsaan 2015 oleh YB Dato' Seri Dr Hilmi Yahaya , Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia bertempat di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar, Jasin, Melaka. Zoomers Kelab Doktor Muda merupakan aktiviti yang diadakan untuk mempromosi program Kelab Doktor Muda kepada semua sekolah bagi meningkatkan amalan kesihatan di kalangan murid sekolah. Objektif Program Zoomers ini adalah untuk meningkatkan bilangan Sekolah Doktor Muda, Meningkatkan keahlian Kelab Doktor Muda, Mengukuhkan kerjasama pintar di antara Kementerian Kesihatan & Kementerian Pendidikan, Menarik minat penglibatan agensi bukan kerajaan (NGO), swasta seterusnya Melestarikan Program Doktor Muda.