SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SBP INTEGRASI SELANDAR MELAKA (SISMe)

SAMBUTAN HARI GURU SISME 2017

Pada tanggal 16 Mei 2017 telah berlangsungnya Sambutan Hari Guru buat kali ke-17 di Dewan Tan Sri Haji Abdul Rafie Mahat. Sambutan pada tahun ini telah mengulangi tema sambutan pada tahun 2009 dan 2010 iaitu 'Guru Pembina Negara Bangsa'. Manakala tema pakaian guru pula ialah Hijau. Sambutan yang dikelolakan oleh Kelab Guru & Staf SBPIS serta pelajar-pelajar SPM 1/2017 ini telah diwarnai lagi dengan pelbagai aktiviti seperti sesi photobooth, perarakan masuk guru-guru ke dewan, nyanyian lagu 'Kami Guru Malaysia', bacaan ikrar Guru Malaysia, ucapan perutusan KPPM dan Menteri Pendidikan, aktiviti sukaneka, persembahan pelajar dan juga penyampaian anugerah kepada guru-guru.    



Walaupun dijalankan semasa musim Peperiksaan Pertengahan Tahun, guru-guru SBPIS tetap disambut dengan meriah. Sekalung ucapan tahniah dan penghargaan diberikan kepada pelajar-pelajar SPM 1/2017 kerana telah bertungkus lumus membuat persiapan sempena Sambutan Hari Guru pada tahun ini. Semoga semua pelajar yang terlibat mendapat keberkatan ilmu dan menjadi pelajar cemerlang di dunia dan juga di akhirat inshaaAllah