SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SBP INTEGRASI SELANDAR MELAKA (SISMe)

Program Dengue Patrol SBPIS

SBPI Selandar telah terpilih untuk mewakili negeri Melaka dalam pertandingan Dengue Patrol peringkat kebangsaan 2015. Justeru, Unit Kesihatan di bawah seliaan Unit HEM SBPIS telah menganjurkan pelbagai aktiviti dan program. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, anda boleh melayari http://denguepatrolsbpis.blogspot.sg/  .

Kami juga amat memerlukan kerjasama semua pihak untuk bersama-sama dengan kami memerangi Aedes secara menyeluruh. Sebagai tanda sokongan daripada pihak tuan puan kepada usaha kami memerangi Aedes, kami memohon jasa baik anda untuk membantu sekolah kami dalam item di bawah ini :


Sila like dan komen mengenai aktiviti yang kami lakukan.

MAJLIS PERASMIAN ZOOMERS KELAB DOKTOR MUDA SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2015

Melaka,15 September 2015 - Majlis Perasmian Zoomers Kelab Doktor Muda Sekolah Menengah, Peringkat Kebangsaan 2015 oleh YB Dato' Seri Dr Hilmi Yahaya , Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia bertempat di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar, Jasin, Melaka. Zoomers Kelab Doktor Muda merupakan aktiviti yang diadakan untuk mempromosi program Kelab Doktor Muda kepada semua sekolah bagi meningkatkan amalan kesihatan di kalangan murid sekolah. Objektif Program Zoomers ini adalah untuk meningkatkan bilangan Sekolah Doktor Muda, Meningkatkan keahlian Kelab Doktor Muda, Mengukuhkan kerjasama pintar di antara Kementerian Kesihatan & Kementerian Pendidikan, Menarik minat penglibatan agensi bukan kerajaan (NGO), swasta seterusnya Melestarikan Program Doktor Muda.















Majlis Perasmian SISMe


5 September 2015 melakar sejarah baru bagi warga SBPI Selandar melalui Majlis Perasmian penubuhannya setelah melangkaui 12 tahun usianya. Wajah ceria majlis ini terserlah dengan kehadiran dan perasmiannya oleh Yang Berhormat Encik Md  Rawi bin Mahmud, wakil rasmi Ketua Menteri Melaka merangkap Timbalan Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi. 



Majlis ini dilaksanakan dengan beberapa tujuan berikut : 
  • Merasmikan penubuhan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar (SISMe).
  • Memperkenalkan kecemerlangan SISMe di peringkat tempatan dan antarabangsa.
  • Merapatkan hubungan silaturrahim antara sekolah dan ibu bapa.
  • Mewujudkan jalinan antara SISMe dengan jabatan kerajaan, agensi swasta, badan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat setempat.