SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SBP INTEGRASI SELANDAR MELAKA (SISMe)

KHATTAM 30 JUZUK



Alhamdulilah, tepat jam 7.54 pagi (29 Julai 2020), bersamaan 8 Zulhijjah 1441H, Nur Zawani Mardhiah binti Zainal (4 Al-Kisaie) telah khatam Al-Quran 30 Juzuk. Didoakan semoga wani diberi kekuatan untuk terus istiqomah menjaga Al-Quran dan mengamalkannya dalam kehidupan.. Dan semoga kita semua juga mendapat bahagian daripada syafaat penghafaz Al-Quran untuk masuk ke syurga Allah S. W. T.. Aminn




PENCAPAIAN JUZUK

    Alhamdulillah dan tahniah diucapkan kepada Saudari Nur Aina Firzana binti Abd Rahim kerana telah khatam hafazan Al-Quran pada 1 September 2020. Mohon doakan beliau dan gurunya terus berusaha mengingat, mentadabbur dan mengamalkan isi Al-Quran hingga akhir hayat.



PENCAPAIAN JUZUK

    Pada 28 Ogos 2020 (Jumaat), Saudari Alya Safiyyah Mohd Rafie dari 2Khawarizmi telah berjaya menamatkan hafazan 30 juz Al Quran dalam tempoh 1 Tahun 8 Bulan. Alhamdulillah dan tahniah diucapkan. Mohon doa dari semua agar pelajar ini istiqamah dalam menjaga hafalan beliau.