SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SBP INTEGRASI SELANDAR MELAKA (SISMe)

Program Bersama Alumni SBPIS


Program Intel 2011

Program INTEL 2011 telah diadakan pada 7-10 julai 2011 bertempat di SBP Integrasi Selandar. Seramai 45 orang bekas pelajar telah terlibat dalam Program Intel 2011. Tujuan utama Program Intel 2011 ini adalah untuk memberi pendedahan peluang-peluang menyambung pelajaran kepada pelajar selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Tentatif Program Intel 2011

7 Julai 2011
Kehadiran bekas pelajar SBPI Selandar.
Mesyuarat HICOM alumni SBPI Selandar mengenai aktiviti yang akan dijalankan.

8 Julai 2011
Pada jam 9.00 pagi terdapat perjumpaan antara alumni dan pelajar tingkatan satu. Mereka diberikan pendedahan dan motivasi oleh fasilitator yang hadir.
Perasmian program Intel2011 oleh Pengetua Cemerlang SBPI Selandar Encik Karim B Bayok.
Program bermula pada jam 2.50 petang di Dewan Gemilang SBPI Selandar.
Pada waktu malam, peserta program dikenalkan dengan fasilitator yang terlibat.

9 Julai 2011
Pada jam 7.00 pagi diadakan senamrobik yang dikendalikan oleh pihak alumni.
Pada jam 8.30 pagi bermula modul satu dan rehat pada jam 10.30 pagi.
Modul dua bersambung pada jam 11.00 pagi.
Pada jam 2.30 petang para peserta diberikan sedikit maklumat mengenai mock interview yang akan dijalankan pada waktu malam.
Terdapat perlawanan persahabatan rugbi antara alumni dan peserta. Perlawanan pertama dimenangi oleh alumni dan perlawanan kedua pihak alumni telah tewas.
Tepat jam 9.00 malam mock interview secara individu dijalankan. Peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Kemudian, rehat pada jam 10.30 malam. Pada jam 11.00 malam mock interview secara berkumpulan. Mock interview ini dikendalikan sepenuhnya oleh pihak alumni SBPI Selandar. Peserta program diberikan pendedahan dan pengalaman ditemuduga bagi persediaan akan datang.

10 Julai 2011
Explorace diadakan pada jam 8.00 pagi. Tersirat daripada explorace ini adalah untuk mendidik peserta untuk bekerjasama antara kumpulan, mengatasi rasa takut dan memupuk hubungan silaturrahim.
Tamatnya explorace, program Intel 2011 telah sampai ke penghujungnya. Pihak alumni memberikan kata-kata semangat dan nasihat sebelum program tamat.
Semua peserta dan pihak alumni yang terlibat amat berpuas hati dengan program Intel 2011 ini dan berharap akan dijalankan pada masa yang akan datang.