SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SBP INTEGRASI SELANDAR MELAKA (SISMe)

PROGRAM HIJRAH BESTARI SBPIS BERSAMA SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH TERPILIH NEGERI MELAKA

SBPIS 17-20 April: SBPIS telah menganjurkan Program Hijrah Bestari bersama sekolah -sekolah menengah terpilih Negeri Melaka. Program bermula dengan Pendaftaran pelajar pada jam 9 pagi diBalai Merdeka, seramai 49 orang telah menghadirkan diri  .  Pelajar-pelajar terdiri dari SMK Sultan Alauddin, SMK Iskandar Shah, SMK Dang Anum, SMK Air Molek, SMA Assyakirin dan SMA Jaim Al-Ahmadi.  Pelajar lelaki seramai 24 orang manakala pelajar perempuan seramai 25 orang, mereka telah di tempatkan di kelas mengikut aliran masing-masing seperti Aliran Sains Agama kelas Al Razi dan Ibnu Sina manakala Aliran Sains Tulen kelas Edison, Einstein dan kelas Newton.  Para pelajar telah diberi taklimat berkaitan sekolah oleh Guru Penolong Kanan Akademik iaitu Tuan Haji Sharif bin Ebok, taklimat asrama telah disampaikan oleh Penolong Kanan HEM iaitu Encik Ramli bin Abdullah.  Selepas itu para pelajar di bawa ke asrama dan seterusnya mereka semua telah mengikuti pengajaran dan pembelajaran di kelas-kelas yang telah ditetapkan. Objektif program ini diantaranya adalah , Untuk Meningkatkan kesungguhan kendiri, semangat dan motivasi pelajar,  Menimbulkan rasa mereka disayangi dan dihargai dengan mereka berasa bahawa ada orang yang masih cakna kepada  mereka, selain itu Mewujudkan persaingan yang sihat di kalangan pelajar dengan semangat ingin berlumba mencapai kejayaan dalam SPM khususnya dan kehidupan amnya.