SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SBP INTEGRASI SELANDAR MELAKA (SISMe)

MESYUARAT AGUNG PIBG SBPIS 2014


      Persatuan Ibu bapa Dan Guru SBP Integrasi Selandar telah mengadakan Mesyuarat Agung kali ke-12 tahun 2014 pada 15Feb 2014 di Dewan Gemilang dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Pihak sekolah amat mengalu-alukan kehadiran ibu bapa serta waris ke mesyuarat ini bagi sama-sama mendengar pembentangan minit dan belanjawan akaun PIBG bagi tahun 2013. Selain itu, mesyuarat juga telah menjalankan sesi perlantikan AJK yang baru tahun 2014/2015 dan seterusnya membincangkan usul-usul yang telah dibangkitkan dalam borang usul yang telah diedarkan.

Ibu bapa berkumpul di Dewan Gemilang SBPIS
        Mesyuarat dirasmikan oleh Encik Rospendi bin Leman, Timbalan Pengerusi Kumpulan Melaka Berhad, pada jam 10 pagi.                                        
Ketibaan tetamu kehormat 
Penghargaan kepada AJK PIBG 2013/2014

Sesi bergambar AJK lama & baru


                            

   Terima kasih kepada semua ibu bapa / waris yang telah hadir pada Mesyuarat Agung PIBG SBPIS kali ke-12 ini. Tahniah juga diucapkan kepada semua Jawatankuasa yang telah dilantik secara sebulat suara bagi mewakili para ibu bapa serta guru SBPIS.