SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SBP INTEGRASI SELANDAR MELAKA (SISMe)

WARGA SBPIS BERSAMA KOMUNITI BATANG MELAKA DALAM SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1435H

       7 Februari 2014, Jumaat, warga SBPIS bersama komuniti Batang Melaka meraikan sambutan Maulidur Rasul. Sambutan bersama ini dianjurkan oleh Masjid As-Syakirin dan JKKK Batang Melaka turut disertai oleh penduduk Batang Melaka,  SBPIS, SK Batang Melaka, SRA JAIM Batang Melaka dan PLKN Asahan, Jasin. Majlis tersebut dimulakan dengan perarakan dari padang SBPIS pada jam 5.30 petang menuju ke Masjid As-Syakirin, Batang Melaka. 

Berkumpul di padang SBPIS untuk taklimat dan perarakan
  
  

   

     "Panduan Muslim Mencintai Rasul" adalah tajuk ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Amran bin Yusuf. Beliau menyampaikan kisah hidup Rasulullah, panduan mencintai Rasulullah dan muhasabah cinta rasul. Ustaz Amran menyebut akhlak Rasulullah adalah al-Quran. "Tidak kira di mana Rasulullah SAW berada, akhlak baginda tetap terjaga. Begitulah hidup kita sebagai muslim perlu menjadikan al-Quran sebagai panduan dan hidup dalam berakhlak mulia."