SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SBP INTEGRASI SELANDAR MELAKA (SISMe)

PENEMPATAN GURU BARU SESI 2010

Pada Bulan Disember 2009 , SBPIS menerima pendaftaran baru dan pertukaran guru
Guru tersebut ialah:

1. Pn Norlizayatty bt Zakaria
Opsyen - Kaunselor

2. Cik Ho Yin Fang
Opsyen - Guru bahasa Cina

3. Pn Haryati bt Arshad
Opsyen - Guru Bahasa Arab

4. En Lukman Hakim b Abdullah
Opsyen - Quran Sunnah

5. En Muhammad Nizam b Che Hasan
Opsyen - PSI

6. Cik Zurinah bt Ahmad
Opsyen - PAI

MESYUARAT GURU KALI PERTAMA BAGI TAHUN 2010




Mesyuarat guru kali pertama untuk tahun 2010 telah diadakan pada hari Khamis, 31 Disember 2009, bertempat di Bilik Mesyuarat SBPIS
Agenda mesyuarat:
- Ucapan Pengerusi
- Membentangkan dan mengesahkan minit dan bangkitan minit
- Pengurusan Pentadbiran
- Pengurusan Kurikulum
- Pengurusan HEM
- Pengurusan Kokurikulum
- Hal-hal lain

KEPUTUSAN PMR 2009 (24 DISEMBER 2009)






Seramai 20 pelajar telah mendapat 9A dalam PMR 2009,TAHNIAH

MAJLIS ANUGERAH PINGAT PENGAKAP MALAYSIA

TARIKH : 12 DISEMBER 2009
TEMPAT : KEM PENGAKAP MELAKA

ANUGERAH PINGAT PERKHIDMATAN BAIK

EN KARIM BAYOK
Penganjur Kumpulan Pengakap Daerah Jasin

TN HJ SHARIF EBOK
Ahli Majlis Pengakap Daerah Jasin

EN MOHD ZAMIR MOHD SHARIF
Pesuruhanjaya Pengakap Daerah Jasin

Penerima Pingat Perkhidmatan Baik

PENERIMA SIJIL PENGAKAP RAJA NEGERI MELAKA TAHUN 2009

TARIKH : 12 DISEMBER 2009
TEMPAT : KEM PENGAKAP MELAKA

PEMILIHAN PENEMPATAN PELAJAR KE TINGKATAN 1 SBPIS TAHUN 2010

TARIKAH: 7 DISEMBER 2009
TEMPAT : SBPIS

PERHIMPUNAN AKHIR TAHUN 2009


Satu majlis perhimpunan akhir tahun telah dijalankan di Dataran Merdeka tepat jam 7.45 pagi.Dalam perhimpunan tersebut diberi peluang kepada guru-guru yang kan berpindah ke sekolah lain dan guru yang melanjutkan pelajaran Sarjana. Selain itu seorang pelajar SBPIS telah dianugerahkan sebagai Anugerah Kadet Lelaki Terbaik Negeri Melaka Adik Ahamd Tarmizi bin Zulkeflee dalam Kursus Kenaikan Pangkat, di Kem Lacang baru-baru ini.

TAHNIAH - PERPINDAHAN GURU


Seramai 6 orang guru SBPIS akan berpindah/bertugas di sekolah yang baharu iaitu Pn Zurinah Kasim - SM SAINS Kepala Batas,Pulau Pinang. Pn Mahfuzah Maarap-SMS Rembau NS, Pn Saliza Mad Isa - SMS Rembau NS, Al-Jefri Radzi Mustapa - SMS Rembau yang berkuatkuasa pada 1 Disember 2009. En Hasbullah Salam dinaikkan pangkat sebagai GKMP Kemanusiaan di SMS Rembau berkuatkuasa 16/11/2009.Manakala Cik Siti Azizah melanjutkan pelajaran Sarjana di UKM bidang Quran dan Sunnah .Kami warga SBPIS mendoakan agar dapat meneruskan perjuangan serta dapat berbakti dengan lebih di tempat baru. Amin.....

TAHNIAH - NAIK PANGKAT


En Hasbullah Salam
Pindah Sekolah Naik Pangkat- SMS Rembau Sebagai GKMP Kemanusiaan


Tn Hj Kamarudin Niat
Naik Pangkat - PK Koku SBPIS


Pn Norlian Salim
Naik Pangkat GKMP Kemanusiaan SBPIS

Pn Norlian Salim telah dinaikkan pangkat sebagai GKMP Bahasa menggantikan Tn Hj Kamarudin Niat yang telah dinaikkan sebagai PK Kokurikulum mengambil tempat En Mohd Husin Abd Rahman yang telah dilantik sebagai Guru Cemerlang(TK). Manakala En Hasbulah akan berpindah ke SM Sains Rembau sebagai GKMP Kemanusiaan berkuatkuasa pada 16/11/2009.

MAJLIS ANUGERAH HEM DAN KOKURIKULUM & PELANTIKAN PENGAWAS DAN MPP


Majlis tersebut telah diadakan pada 16/11/2009 (ISNIN) bertempat di Dewan Gemilang SBPIS . Majlis ini telah dirasmikan oleh Mantan Pengarah Pendidikan Melaka, Tn Hj Abdul Malek Bin Ismail. Majlis ini telah menyempurnakan Pelantikan Pengawas dan MPP, menganugerahkan pelajar-pelajar yang cemerlang dalam bidang Kokurikulum, Anugerah Hal Ehwal Pelajar. Dalam Majlis ini juga telah dianugerahkan kepada guru sebagai Anugerah Penghargaan Guru

MAJLIS GRADUASI TINGKATAN 5 2009


SBPIS telah mengadakan satu Majlis Graduasi pada 11/11/2009, Majlis ini Khas untuk pelajar Tingkatan 5 yang akan menamatkan pengajian mereka selepas SPM 2009. Tujuan diadakan majlis tersebut untuk memberi motivasi dan semangat untuk mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM nanti. Selain itu untuk menunjukkan pelajar Tingkatan 5 sudah sampai ke penghujung pengajian mereka di SBPIS. Dalam majlis ini di anugerahkan kepada pelajar berdasarkan PNGK. dan 2 Anugerah Khas iaitu kepimpinan dan Akademik. Dalam majlis ini semua ibu bapa yang terlibat dijemput hadir. Majlis telah dirasmi oleh Mantan YDP PIBG Tn Hj Roslan Kasim. Pada hari yang sama Mantan telah sudi merasmikan Menara 1Malaysia bertemakan "Pelajar didahulukan, pencapaian diutamakan".

PEPERIKSAAN SPM 2009


Peperiksaan SPM akan bermula pada 18/11/2009 (RABU). Seramai 130 calon akan mengambil peperiksaan SPM tahun ini. Kami warga SBPIS mendoakan semua calon SPM dapat menghadapi perjuangan di medan peperangan (Dewan peperiksaan) dengan TABAH dengan berbekalkan ilmu yang telah dicurahkan sepanjang tempoh berada di SBPIS.
Kami doakan semua berjaya dalam peperiksaan SPM dengan mendapat keputusan yang cemerlang.LANGKAH KE DEWAN DENGAN SEMYUM, KELUAR DENGAN SENYUM .AMIN....

PROGRAM KEM MEMBACA 1MALAYSIA


Program Kem Membaca 1Malaysia peringkat SBPIS telah diadakan pada tarikh 30 Okt 2009 di Dewan Gemilang dan telah dirasmikan oleh Pengetua Kanan SBPIS En Karim Bayok. Dalam program tersebut telah diadakan Nyanyian lagu Negaraku, Negeri Melaka dan Lagu sekolah, Bacaan Doa, Ucapan Guru Media, Persembahan iaitu Ulasan Buku dan Koir,Ucapan Pengetua dan Perasmian Kem Mambaca 1Malaysia . Tema pogram ini ialah "MEMBACA MENJANA PEMIKIRAN 1MALAYSIA

PEMANTAUAN KEMENTERIAN UNTUK JUSA C - PENGETUA

Seramai 4 pengawai dari Kementerian Pelajaran, Bahagian Teknik dan Vokasional telah membuat pemantauan di SBPIS bagi menaikkan Gred Pengetua Kanan En Karim Bin Bayok ke Gred JUSA C. Semua aspek telah dipantau termasuklah guru-guru di bawah penjagaan Tuan Pengetua.

MAJLIS RESTU ILMU PELAJAR PMR

Satu majlis Restu akan diadakan pada 6/10/2009 di Dewan Gemilang SBPIS. Majlis ini khas untuk pelajar-pelajar yang akan menghadapi Peperiksaan PMR pada 7 - 12/10/2009. Dalam majlis ini KP subjek akan memberi sedikit perangsang dan semangat kepada pelajar-pelajar bagi menghadapi PMR. Begitu juga pihak pentadbir akan memberi sentuhan terkahir kepada pelajar tersebut.Warga SBPIS mendoakan pelajar berjaya dengan CEMERLANG. AMIN....

"SENDING OFF" TN HJ BAHARUDIN HUSIN


Tarikh 1 OKTOBER 2009, merupakan tarikh Tuan Hj Baharudin PK HEM SBPIS ke SMS Rembau Negeri Sembilan sebagai PK Akademik .Warga SBPIS mengucapkan setinggi-tinggi Tahniah dan diharapkan beliau dapat menjalankan tugas dengan jayanya dan cemerlang. Pada 5 OKTOBER pula, merupakan beliau diberi penghormatan yang terakhir di SBPIS dengan satu majlis "SENDING OFF" dan juga pemberian cenderamata dan salam salaman guru dan murid.