SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SBP INTEGRASI SELANDAR MELAKA (SISMe)

UCAPAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI



KAMI, WARGA KERJA SBPI SELANDAR,
MENGUCAPKAN
SELAMAT HARI RAYA & MAAF ZAHIR BATIN
KEPADA SEMUA IBU BAPA DAN MURID SBPI SELANDAR
SEMOGA BERGEMBIRA DI HARI MULIA DAN MEMPEROLEHI KEBERKATAN DARINYA
BERHATI-HATI DI JALAN RAYA

PROGRAM PENGURUSAN JENAZAH 2011

Tempat:Surau Al-Karim
Tarikh:17 Ogos 2011
Penceramah:Ustaz Shahabudin bin Mohamad

Pengurusan Jenazah merupakan tuntutan fardhu kifayah setiap muslim terhadap muslim yang lain. Memahami konsep dan amali dalam menguruskan jenazah memerlukan pengetahuan dan kemahiran tertentu. Badar SBPI Selandar menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah untuk pelajar-pelajar SBPI Selandar . Bertepatan dengan perlaksanaan program ihya’ ramadhan 1432 Hijrah kali ini, usaha ini juga diharapkan dapat membantu para pelajar dan guru memahami cara pengurusan jenazah dengan lebih mendalam sekaligus dapat diaplikasikan dalam kehidupan mereka, sebagai salah satu tanggungjawab seorang muslim .

OBJEKTIF PROGRAM
1. Para peserta kursus yang mempunyai rasa tanggungjawab mengenai kepentingan mempelajari pengurusan jenazah.
2. Memupuk semangat ukhuwah yang erat di kalangan warga sekolah.
3. Mengetahui cara-cara menguruskan jenazah yang betul.

PERTANDINGAN THE YOUNG PILOT THAI PBS CUP 2011 SEKOLAH MAHAVAJIRAVUDH CHANGWATSONGHKLA, THAILAND DAN PROGRAM PENGANTARABANGSAAN SEKOLAH

Pada 5 hingga 9 Ogos 2011 seramai 3 orang pelajar Sbpi Selandar mewakili Malaysia dalam pertandingan ‘The Young Pilot Thai PBS Cup 2011’ yang bertempat di Mahavajiravudh Changwatsonghkla School Thailand. Pertandingan ini berlangsung selama dua hari dari 6 hingga 7 Ogos 2011. Peserta SBPI Selandar, Zaidul Ariff bin Abdul Malek, Amirul Azim bin Azman dan Ahmad Syukri bin Ibrahim diiringi dengan guru pengiring, Cik Mastura binti Bujal telah sama-sama turut serta dalam pertandingan ini termasuk pasukan daripada SMS Johor. Pertandingan ini ialah perlawanan mengikut kategori yang tertentu menggunakan model kapal terbang kawalan jauh yang dihasilkan sendiri oleh para peserta. Pasukan SBPI Selandar telah menyertai kategori ‘Treat and Beat’ iaitu memecahkan seberapa banyak belon mengikut syarat-syarat yang ditetapkan. Pasukan daripada Malaysia hanya mendapat sijil penyertaan di peringkat antarabangsa. Walaupun tidak memenangi dalam pertandingan ini, namun pencapaian ini menunjukkan bahawa SBPI Selandar mampu bersaing sehingga ke peringkat antarabangsa. Kebetulan berada di Thailand, SBPI Selandar bersama-sama SMS Johor telah mengadakan lawatan ‘Bench-marking’ ke sekolah-sekolah di sana sebanyak dua buah sekolah iaitu di Hatyaiwittayalai 2 School dan Hatyairatprachasun School. Sepanjang di Thailand juga, pelajar-pelajar Malaysia telah berpeluang untuk melawat ke tempat-tempat yang menarik di Thailand seperti Ice Dome, Klonghae Floating Market dan sebagainya.



Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan 2011

Tempat: Dataran Wawasan
Tarikh: 12 Ogos 2011
Masa: 7:30 Pagi
Perasmi: En. Karim Bin Bayok
Pengetua Cemerlang SBPI Selandar.

Pengenalan.

Sambutan bulan kemerdekaan merupakan satu sambutan yang dijalankan secara tradisi pada setiap tahun bagi Sek. Berasarama Penuh Integrasi Selandar, Melaka. Sambutan yang dijalankan ini adalah sejajar dengan seruan kerajaan yang menjadikan sekolah sebagai wadah untuk memupuk serta menyemai semanagat patriotik serta cintakan negara dalam diri para pelajar. Sehubungan itu, adalah wajar untuk sekolah mengadakan sambutan Bulan Kemerdekaan ini pada setiap tahun. Melaui sambutan ini, diharapkan para pelajar dapat mengambil bahagian dalam semua aktiviti yang dijankan secara menyeluruh

Objektif Program

Antara objektif yang ingin dicapai melalui perlaksanaan sambutan bulan kemerdekaan ini ialah

  • Memupuk semangat patriotik dalam diri para pelajar dengan harapan mereka akan lebih menghargai kemerdekaan yang telah dikecapi selama ini.
  • Menerapkan nilai-nilai murni yang berkaitan dengan semangat patriotic dalam diri para pelajar agar dapat memenuhkan keperluan pembentukan modal insane dari peringkat sekolah lagi
  • Mewujudkan semnagat perpaduan yang jitu dalam diri para pelajar agar dapat mengekalkan keamanan dan kedamaian dalam Negara.
  • Memastikan para pelajar tahu serba sedikit tentang sejarah Negara dalam usaha mendapatkan kemerdekaan.
  • Melahirkan para pelajar yang tahu menghargai pengorbana pejuang-pejuang kemerdekaan tanah air.

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN

Kepada semua pelajar Tingkatan 5 dan 3
Selamat menduduki peperiksaan
Percubaan SPM dan PMR
Selaras SBP 2011 dan
Pelajar Tingkatan 1,2 dan $
Ujian Selaras Kali Ke-2 (Bulan Ogos) 2011

"CEMERLANG BERWAWASAN"