SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SBP INTEGRASI SELANDAR MELAKA (SISMe)

PROGRAM TAHUNAN YAUMUL MAWADDAH & MAJLIS IFTAR SISMe 2017

Alhamdulillah.

Yaumul Mawaddah dan Majlis iftar SISMe 2017 telah berlangsung dengan meriahnya sebagai salah satu aktiviti di bulan Ramadhan. Majlis dimulai dengan aktiviti penyembelihan ayam bagi memberi pendedahan kepada anak-anak SISMe melakukan penyembelihan ayam berlandaskan hukum Islam. Selain itu, pelajar dan staf Sisme juga bekerjasama menyiapkan makanan untuk majlis iftar seperti membakar lemang, memasak rendang, ayam bakar, bubur lambuk dan nasi minyak.

Semoga majlis seperti ini memberi manfaat kepada semua dan dapat diteruskan pada tahun-tahun yang akan datang. Terima kasih tak terhingga kepada semua pelajar dan guru Sisme yang bertungkus lumus menjayakan program tersebut.

ANUGERAH AKADEMIK DAN KEPIMPINAN SBP KE 44, 2017




Alhamdulillah...
TAHNIAH diucapkan buat Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar Melaka di atas pencapaian sekolah dalam Anugerah Akademik dan Kepimpinan Sekolah Berasrama Penuh HKSBP yang ke 44, 2017.
 Berikut adalah pencapaian SISMe
1. Anugerah Akademik SPM 2016 - 4 Emas, 1 Perak
BM = Emas
PI = Emas
MATH = Emas
PQS = Emas
SEJ = Perak
2. Anugerah Asrama Terbilang (AAT) = Platinum
3. Anuerah Sistem Rumah Terbilang (ASRT) = Plantinum
4. Anugerah Badar Terbilang (ABT) = Emas
Syabas semua. Semoga kerjasama dan usaha yang berterusan dari semua pihak berkekalan. InsyaAllah.