Sukan Tara SBPIS
















sbpis 23 feb: Sukan tara Sbpis bermula untuk beberapa acara seperti 100m, 400m, lontar peluru, dan lompat jauh.Semua ahli rumah sukan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan mata bagi rumah masing-masing.Guru-guru dan pelajar gigih mengharungi sukan tara yang bermula pukul 2.30 hingga 5.30 ptg dalam keadaan cuaca 36 darjah Celcius.Diucapkan Selamat berjuang untuk semua .

latihan Sukan Tara sekolah
















SBPIS 22 Feb: latihan rumah sukan menjelang ujian tara pada hari selasa telah diadakan oleh semua rumah sukan.Semua rumah sukan berlatih bersungguh-sungguh untuk memastikan pasukan masing-masing berjaya mendapat mata dalam ujian tara tersebut seterusnya mendapatkan kejayaan untuk rumah sukan masing-masing

Pendaftaran pelajar tingkatan 1 ambilan kedua











Sbpis 22 feb:Pelajar-pelajar tingkatan 1 pengambilan kedua seramai 19 orang telah mendaftarkan diri.Selamat datang diucapkan kepada pelajar baru ke SBPIS.

Keputusan Peperiksaan bahasa Jepun 2009





sbpis,22.2: Keputusan Peperiksaan bahasa Jepun seluruh Malaysia telah diumumkan.Majlis penyampaian sijil bahasa jepun telah diadakan di perhimpunan sekolah.SBPIS mempunyai seramai 28 orang calon yang mengambil peperiksaan di mana

A : 28 orang
B:19 orang
C: 1 orang
Ranking SBP : NO 3 daripada 43 Sekolah dengan PNGK 1.36
Ranking Seluruh Malaysia : No 5 daripada 56 Sekolah

Selamat Pengantin Baru




























SBPIS,Melaka:2 orang guru SBPIS telah melangsungkan perkahwinan pada Cuti tahun baru cina yg lepas.2 orang guru tersebut ialah Mohd Azmi B Zakaria&Noor Zalina Bt Hj Abdul Aziz dan Zaihasra Azwa bt Zaharin&Mohamad khaidel B Kamaruzaman.Selamat berbulan madu diucapkan kepada kedua-dua pasangan. :)

Projek pembaikan bangunan retak bermula






SBPIS 11 Feb: Kelas-kelas telah dipindahkan ke blok-blok yang tidak terlibat dalam proses baikpulih.Antara kelas yang terlibat adalah tingkatan 1,2,4 dan 5.kelas-kelas terbabit telah dipindahkan ke bilik bahasa, bilik muzik, bilik agama dan beberapa kelas kosong yang lain

Lawatan Penanda Aras Mozac di SBPIS











Klinik Petanque dan Tarik tali























SBPIS 6 Feb: 2 orang jurulatih luar untuk sukan pentaque dan tarik tali telah dipanggil untuk memberikan klinik kepada para pelajar.klinik telah diadakan selama 2 jam dan para pelajar memberikan respon yang baik dengan klinik yang diadakan oleh jurulatih yang bertauliah tersebut.

Kejohanan Merentas Desa


SBPIS 5 feb:Kejohanan merentas desa telah diadakan di sbpis.Juara keseluruhan telah jatuh kepada pasukan telekom di mana mengungguli keseluruhan kategori.