SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SBP INTEGRASI SELANDAR MELAKA (SISMe)

INTERNATIONAL VIRTUAL EDUCATIONAL INVENTION, INNOVATION & DESIGN COMPETITION

    Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada lapan orang pelajar tingkatan 5 yang telah berjaya mengharumkan nama sekolah dalam pertandingan 'International Virtual Educational Invention, Innovation & Design Competition' . Sekalung tahniah juga diucapkan kepada Dr Azlina bte A Rahman selaku guru pembimbing yang tidak pernah lelah dalam memberikan bimbingan dan tunjuk ajar kepada para peserta.

 Kumpulan A: Anugerah Gangsa

1. Muhammad Fakrullah bin Latif (5 Ibnu sina)

2. Azlan bin Azmi (5 Ibnu sina)

3. Nur Alyssa Safiah Binti Mohd Shahrir (5 Ibnu sina)

4. Nur Mahfuzah Binti Bun Yamin (5 Al razi)


Kumpulan B: Anugerah Gangsa

1. Muhammad Zahiruddin bin Zuri (5 Ibnu khaldun)

2. Fakhrul Razee Bin Azhar (5 Ibnu khaldun)

3. Syasha Adlyna bt Khairul Azrin (5 Ibnu khaldun)

4. Musfaiza bt Mustaffa (5 Ibnu khaldun)

ANUGERAH SEKOLAH BERKUALITI PERINGKAT NEGERI MELAKA

 

    Alhamdulillah dan tahniah kepada kepimpinan Tuan Pengetua, Tn Hj Mohd Nordin Mohd Tohir, barisan pentadbir, guru-guru, anggota-anggota kumpulan pelaksana, staf-staf keselamatan, kebersihan dan kontraktor dewan makan yang telah melaksanakan tugas dengan cemerlang sepanjang tahun 2020. Terima kasih tidak terhingga juga diucapkan diatas komitmen yang tinggi dan tidak berbelah bagi yang telah ditunjukkan sepanjang tahun 2020 yang penuh dengan ujian dan pancaroba ini. Semoga dengan pengiktirafan ini menyuntik semangat dalam diri kita semua untuk kekal cemerlang seterusnya mengukir nama SBP Integrasi Selandar di persada dunia.

PENCAPAIAN JUZUK


Assalammualaikum wbt...

    Alhamdulillah, Tahniah diucapkan kepada Irwani Safiah Binti Mohammad Hidhir, Tingkatan 3 Al-Farabi, Halaqah 3 Hamzah yang telah berjaya menamatkan hafazan Al-Quran pada hari Rabu, 2 Disember 2020. Terima Kasih buat seluruh warga SISMe atas usaha sama yang diberikan. Semoga Irwani terus istiqomah dalam mengamalkan al-Quran, memberi manfaat untuk ummah serta mencapai kejayaan dunia & akhirat... Amin



 

PENCAPAIAN JUZUK


     Alhamdulillah pada 27 Nov 2020 yang lalu, telah lahir seorang lagi al-hafizah di SBPI Selandar. Beliau ialah Nurul Najihah binti Hanapi Al-hafizah (Halaqah: 4 Hafs). Semoga hafalan 30 Juzuk terus tersemat di dada dan terus istiqomah menjaga Al-Quran serta mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Tahniah diucapkan buat Saudari Najihah dan guru halaqah iaitu Ustazah Nas Hazim Binti Zainal.