PERHIMPUNAN AKHIR TAHUN 2009


Satu majlis perhimpunan akhir tahun telah dijalankan di Dataran Merdeka tepat jam 7.45 pagi.Dalam perhimpunan tersebut diberi peluang kepada guru-guru yang kan berpindah ke sekolah lain dan guru yang melanjutkan pelajaran Sarjana. Selain itu seorang pelajar SBPIS telah dianugerahkan sebagai Anugerah Kadet Lelaki Terbaik Negeri Melaka Adik Ahamd Tarmizi bin Zulkeflee dalam Kursus Kenaikan Pangkat, di Kem Lacang baru-baru ini.

TAHNIAH - PERPINDAHAN GURU


Seramai 6 orang guru SBPIS akan berpindah/bertugas di sekolah yang baharu iaitu Pn Zurinah Kasim - SM SAINS Kepala Batas,Pulau Pinang. Pn Mahfuzah Maarap-SMS Rembau NS, Pn Saliza Mad Isa - SMS Rembau NS, Al-Jefri Radzi Mustapa - SMS Rembau yang berkuatkuasa pada 1 Disember 2009. En Hasbullah Salam dinaikkan pangkat sebagai GKMP Kemanusiaan di SMS Rembau berkuatkuasa 16/11/2009.Manakala Cik Siti Azizah melanjutkan pelajaran Sarjana di UKM bidang Quran dan Sunnah .Kami warga SBPIS mendoakan agar dapat meneruskan perjuangan serta dapat berbakti dengan lebih di tempat baru. Amin.....

TAHNIAH - NAIK PANGKAT


En Hasbullah Salam
Pindah Sekolah Naik Pangkat- SMS Rembau Sebagai GKMP Kemanusiaan


Tn Hj Kamarudin Niat
Naik Pangkat - PK Koku SBPIS


Pn Norlian Salim
Naik Pangkat GKMP Kemanusiaan SBPIS

Pn Norlian Salim telah dinaikkan pangkat sebagai GKMP Bahasa menggantikan Tn Hj Kamarudin Niat yang telah dinaikkan sebagai PK Kokurikulum mengambil tempat En Mohd Husin Abd Rahman yang telah dilantik sebagai Guru Cemerlang(TK). Manakala En Hasbulah akan berpindah ke SM Sains Rembau sebagai GKMP Kemanusiaan berkuatkuasa pada 16/11/2009.

MAJLIS ANUGERAH HEM DAN KOKURIKULUM & PELANTIKAN PENGAWAS DAN MPP


Majlis tersebut telah diadakan pada 16/11/2009 (ISNIN) bertempat di Dewan Gemilang SBPIS . Majlis ini telah dirasmikan oleh Mantan Pengarah Pendidikan Melaka, Tn Hj Abdul Malek Bin Ismail. Majlis ini telah menyempurnakan Pelantikan Pengawas dan MPP, menganugerahkan pelajar-pelajar yang cemerlang dalam bidang Kokurikulum, Anugerah Hal Ehwal Pelajar. Dalam Majlis ini juga telah dianugerahkan kepada guru sebagai Anugerah Penghargaan Guru

MAJLIS GRADUASI TINGKATAN 5 2009


SBPIS telah mengadakan satu Majlis Graduasi pada 11/11/2009, Majlis ini Khas untuk pelajar Tingkatan 5 yang akan menamatkan pengajian mereka selepas SPM 2009. Tujuan diadakan majlis tersebut untuk memberi motivasi dan semangat untuk mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM nanti. Selain itu untuk menunjukkan pelajar Tingkatan 5 sudah sampai ke penghujung pengajian mereka di SBPIS. Dalam majlis ini di anugerahkan kepada pelajar berdasarkan PNGK. dan 2 Anugerah Khas iaitu kepimpinan dan Akademik. Dalam majlis ini semua ibu bapa yang terlibat dijemput hadir. Majlis telah dirasmi oleh Mantan YDP PIBG Tn Hj Roslan Kasim. Pada hari yang sama Mantan telah sudi merasmikan Menara 1Malaysia bertemakan "Pelajar didahulukan, pencapaian diutamakan".

PEPERIKSAAN SPM 2009


Peperiksaan SPM akan bermula pada 18/11/2009 (RABU). Seramai 130 calon akan mengambil peperiksaan SPM tahun ini. Kami warga SBPIS mendoakan semua calon SPM dapat menghadapi perjuangan di medan peperangan (Dewan peperiksaan) dengan TABAH dengan berbekalkan ilmu yang telah dicurahkan sepanjang tempoh berada di SBPIS.
Kami doakan semua berjaya dalam peperiksaan SPM dengan mendapat keputusan yang cemerlang.LANGKAH KE DEWAN DENGAN SEMYUM, KELUAR DENGAN SENYUM .AMIN....

PROGRAM KEM MEMBACA 1MALAYSIA


Program Kem Membaca 1Malaysia peringkat SBPIS telah diadakan pada tarikh 30 Okt 2009 di Dewan Gemilang dan telah dirasmikan oleh Pengetua Kanan SBPIS En Karim Bayok. Dalam program tersebut telah diadakan Nyanyian lagu Negaraku, Negeri Melaka dan Lagu sekolah, Bacaan Doa, Ucapan Guru Media, Persembahan iaitu Ulasan Buku dan Koir,Ucapan Pengetua dan Perasmian Kem Mambaca 1Malaysia . Tema pogram ini ialah "MEMBACA MENJANA PEMIKIRAN 1MALAYSIA