SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SBP INTEGRASI SELANDAR MELAKA (SISMe)

DUA PELAJAR SBPIS MENDAPAT ANUGERAH DI MIYIO 2014

TAHNIAH. Dua peserta SBPIS telah menerima anugerah setelah mencipta kejayaan sempena Malaysian International Young Inventors Olympiad (MIYIO) 2014 di SMS Tun Syeh Sheh Shahabudin, Penang baru-baru ini. MIYIO yang merupakan anugerah inovasi bagi peringkat sekolah menengah ini telah berlangsung dari 17 - 20 April 2014. Dua pesera SBPIS yang berjaya tersebut ialah Badrul Amin bin Abdul Razak dan Haziq Fikri.






KEJOHANAN BOLA JARING SBP PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE-4 TAHUN 2014


     Kejohanan Bola Jaring Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Bawah 16 Tahun merupakan salah satu daripada acara tahunan Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK) yang mana merupakan platform bagi murid-murid perempuan SBP menonjolkan bakat dalam bidang sukan Bola Jaring. Sekolah Seri Puteri telah diberi mandat bagi menjadi tuan rumah kejohanan ini untuk edisi ke-4 pada 9 - 13 April 2014. Sebanyak 62 buah pasukan dari seluruh SBP akan bersaing untuk menentukan gelaran juara bagi setiap divisyen. Kejohanan edisi ke-4 ini melibatkan persaingan merebut Piala Toh Puan Masnora Bt Abdul Hamid, seorang aktivis masyarakat yang telah sudi menyumbang piala pusingan.  




    Pasukan SBPIS yang diletakkan dalam 2nd Divisyen berjaya melatakkan nama di pusingan akhir  namun kecundang dengan SMSSI (29 - 26) . 


 


 


 


  

PESTA PANTUN DAERAH JASIN 2014

Pesta Pantun daerah Jasin tahun ini berlangsung dari 16 - 17 April bertempat di SMK Seri Bemban. SBPIS telah menghantar enam peserta yang terdiri daripada :
      Peserta : 
  1. Fariqah Izzati binti Mohd Yasin
  2. Mohd Alif Mustaqim
  3. Amar Afifi bin Zainol Abidin
  4. Nurqharina Annisa binti Amir Hisham
  5. Nurul Iwani binti Ismail
     Peserta pelapis :
  1. Nur Ain Batrisyia 

Meski pun pemantun-pemantun sekolah kita hanya mendapat naib johan namun pasukan sekolah telah berusaha bersungguh-sungguh. Tahniah diucapkan dan teruskan usaha dengan lebih gigih bagi merangkul johan pada masa akan datang. Hakikatnya, pasukan pantun sekolah kita yang mendapat naib johan itu buat julung kalinya dipilih mewakili Jasin ke peringkat negeri pada bulan mei ini. 



LAWATAN KOLABORASI BADAN PENGAWAS SBPIS BERSAMA BADAN PENGAWAS KOLEJ YAYASAN SAAD

22 April 2014, Badan Pengawas SBP Integrasi Selandar (SBPIS) telah berkunjung ke Kolej Yayasan Saad (KYS), Melaka. Majlis Tertinggi Badan Pengawas SBPIS turut ditemani oleh ketua dan timbalan ketua exco serta tiga guru pengawas iaitu En Hishamudin, En Mohd Zamir dan Puan Ruhani.

Majlis kolaborasi bermula dengan bacaan doa oleh seorang pengawas KYS. Seterusnya, saudara Mohd Sobir bin Abdul Basith membentangkan tayangan slaid dan menerangkan serba sedikit tentang Badan Pengawas SBPIS diikuti saudari Nurshuhadah bt Zuhaidi. Kemudian, tujuh orang Majlis Tertinggi Pengawas KYS tampil membuat penerangan ringkas mengenai organisasi pengawas KYS. 






MEMORI PELAJAR SBPIS DI HK JERMAN KALI KE 13 2014

Pada 11-13 April 2014 Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan Kementerian Pendidikan Malaysia telah manganjurkan acara tahunan Hari Kebudayaan Bahasa Jerman Peringkat Kebangsaan Ke-13. Seramai 4 orang pelajar dari SBPI Selandar telah menyertai program ini yang diadakan di Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor. 

GURU PENGIRING DAN PESERTA

Guru    : Bazilah binti Hashim (Guru Bahasa Jerman)
Peserta : 
  1.       Ibrahim Adham bin Badrulhissham                       4 Benz
  2. Muhamad Syazarullah bin Tumin              4 Edison
  3. Sufia Izzati binti Jalil                                             4 Ibnu Sina
  4. Faizatul Asyiqin binti Abdul Rahman                    4 Einstein

MINGGU BAHASA ARAB SBPIS KEMBALI LAGI

14 - 18 April 2014, Panitia Bahasa Arab kembali menganjurkan Minggu Bahasa Arab. Aktiviti dan program yang dilaksanakan diharap dapat menigkatkan penguasaan dan minat para pelajar terhadap bahasa Arab. Maklumat lanjut boleh diikuti dengan melayari blog panitia Bahasa Arab SBPIS. Klik sini


LAWATAN KERJA FELLOW KANAN SBT KALI KEDUA

Sepanjang dua hari bermula 17 - 18 April 2014, SBPIS menerima lawatan kerja kali kedua Fellow Kanan SBT, Pn. Hjh. Junaidi binti Santono. Lawatan kerja beliau kali ini bertujuan untuk menganalisis keputusan SPM 2013 serta merangka tindakan susulan dan cadangan penambahbaikkan bagi meningkatkan prestasi SPM 2014 ini. 


LAWATAN KERJA PENGARAH JABATAN PENDIDIKAN MELAKA KE SBPIS

16 April 2014 - Yang berbahagia Tuan Hj. Md. Rashid bin Hj Hussin, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Melaka telah melakukan lawatan kerja julung kalinya ke SBP Integrasi Selandar. 

lawatan dimulakan dengan solat subuh berjemaah bersama pelajar di Surau Al-Karim, SBPIS. Dalam lawatan ini, beliau turut memberikan kuliah subuh dan bacaan al-Quran bersama pelajar. Beliau turut mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan barisan pentadbir sekolah mengenai objektif dan hala tuju SBPIS pada masa akan datang serta mendengar permasalahan yang diutarakan barisan pentadbir sekolah.


SAMBUTAN HARI LAHIR PENGETUA

Warga SBPIS mengucapkan "Selamat Ulang Tahun Kelahiran" untuk ayahanda En. Karim bin Bayok. Majlis sambutan tersebut telah diadakan pada 14 April 2014.
  



 




THARWIJ IMTIYAZ KOLABORASI BERSAMA SMKA TUN PERAK

SBP Integrasi Selandar melalui prrogram pemantapan bimbingan SBT telah menganjurkan "Tharwij Imtiyaz" kolaborasi bersama SMKA Tun Perak, Jasin pada 5 April 2014 bertempat di Balai Merdeka, SBPIS. Seramai 57 orang pelajar SBPIS dan 30 orang pelajar SMKATP menyertai program tersebut. Program ini adalah program khas antara sekolah mentor dan sekolah mentee bagi memantapkan kebolehan dan keupayaan pelajar untuk menjawab soalan khususnya bagi subjek elektif iaitu Bahasa Arab Tinggi, Biologi dan Matematik Tambahan. Program sebegini akan diteruskan lagi pada siri akan datang; 10 Mei 2014 dengan SBPIS pula mengunjungi SMKATP.

KURSUS KEPIMPINAN PELAJAR TINGKATAN 1&2 SBPI SELANDAR

Sejajar dengan matlamat kerajaan untuk membangunkan modal insan yang seimbang dan mempunyai jati diri, maka satu bentuk pengisian dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial dirancang. Oleh itu, Unit Bimbingan dan Kaunseling SBPIS melaksanakan Kursus Kepimpinan dan Jati Diri pada 5 April 2014 di Kem Saujana Asahan, Jasin. Kursus ini sangat relevan dan mampu menyumbang untuk pembentukan diri pelajar  yang berkarisma, disegani dan dihormati.
          Kursus yang menerapkan jati diri, karismatik dan keharmonian dengan alam sekitar melalui pengisian jungle survival sebagai wadah aktiviti ini bakal melahirkan individu yang mempunyai nilai kepimpinan dan komited untuk membentuk kecemerlangan akademik dan sahsiah. 



MINGGU BAHASA MELAYU 2014

      Minggu Bahasa Melayu merupakan suatu  program yang menfokuskan kempen cintai bahasa melayu. Tujuan utama pelaksanaan program ini adalah untuk mendidik pelajar-pelajar SBP Integrasi Selandar agar dapat menyemarakkan dan seterusnya memartabatkan bahasa kebangsaan ini dalam pelbagai aspek dan bidang yang boleh memaju ke arah kelestarian bahasa Melayu sebagai bahasa kelas dunia yang praktikal dan realistik. 
       Sehubungan itu, pada 31 Mac hingga 4 April 2014 Panitia Bahasa Melayu SBPIS telah melaksanakan pelbagai aktiviti bagi merealisasikan objektifnya.

Objektif:
  • Melahirkan individu yang menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif  dan semangat patriotik yang bertunjangkan Bahasa Melayu.
  • meningkatkan motivasi pelajar untuk mempelajari dan menggunakan bahasa Melayu dengan betul.
  • mencungkil bakat di kalangan pelajar terutamanya yang berkaitan dengan kemahiran pengucapan awam.   
 Aktiviti Minggu Bahasa Melayu :

Hari / Tarikh
Aktiviti
Isnin
31/3/2014
Pertandingan menulis esei
Selasa
1/4/2014
Pertandingan menulis khat jawi

Pertandingan mendeklamasi sajak
Rabu
2/4/2014
Pertandingan bahas dan pidato
Khamis
3/4/2014
Pertandingan forum remaja
Jumaat
4/4/2014
Pertandingan drama komsas antara rumah sukan

Aktiviti-aktiviti lain:
1.    Pertandingan melukis poster
2.    Peta I-Think Komsas

sorotan peristiwa

MAJLIS PELANCARAN BULAN BAHASA SBPIS 2014

              Bahasa merupakan alat komunikasi. Bahkan ia dianggap sarana dalam membina tamadun sesuatu bangsa dan negara. Tanpa alat komunikasi yang berkesan, segala hasrat dan tindak-tanduk sesebuah kerajaan akan mengalami kekangan malahan boleh mewjudkan jurang komunikasi dan salah maklumat.
             Sehubungan itu, Majlis Pelancaran dan Perasmian Bulan Bahasa telah diadakan pada 7 April 2014 di Dewan Gemilang, SBPIS bermula jam 7.20 pagi yang melibatka semua guru dan pelajar.
               Selari dengan tema "KBAT Merentasi Bahasa" Bulan Bahasa 2014 ini diharap dapat mencungkil bakat pelajar dalam bidang kebahasaan dan mempertingkatkan pengetahuan bahasa. Diharap juga dapat melahhirkan pelajar yang mengimplementasikan kemahiran-kemahiran bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran.
             Majlis pelancaran dan perasmian tersebut dimeriahkan lagi dengan persembahan pelajar deklamasi sajak Bahasa Melayu bertajuk Arkitek Kota dan poem English berjudul The Midst Of Hardship. Dalam ucapan perasmian Pengetua Cemerlang Encik Karim bin Bayok menyeru semua pihak menyokong dan memberi kerjasama untuk menjayakan Blan Bahasa. Menurut beliau, guru-guru bahasa perlu memainkan peranan lebih aktif dalam memperkasakan penggunaan bahasa yang pelbagai di kalangan pelajar terutamanya kemahiran komunikasi dengan menyajakan program pengucapan awam.

Sorotan peristiwa

  






  

MAJLIS PERSARAAN KETUA KERANI SBPIS


SBPIS secara esklusif mengadakan majlis Persaraan Tn. Hj. Kamaruddin, Ketua Kerani di sekolah ini pada 1 April 2014. Majlis yang dimulakan pada jam 12.00 tengahari itu dihadiri oleh semua warga SBPIS. Di kesempatan ini, SBPIS mengucapkan setinggi penghargaan atas jasa beliau. JASAMU DIKENANG!




PELANCARAN MINGGU I THINK DI SBPIS

      31 Mac 2014, Jawatankuasa I-Think SBPIS telah melancarkan Minggu I Think yang telah dirasmikan oleh Pengetua Cemerlang, Encik Karim bin Bayok. Majlis diserikan dengan persembahan multimedia peta I Think yang disampaikan oleh Nur Sakinah dari kelas 3 Satria.