SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SBP INTEGRASI SELANDAR MELAKA (SISMe)

COACHING & MENTORING FELLOW KANAN SBT

             20 Februari 2014, Khamis, SBP Integrasi Selandar mengucapkan sekalung penghargaan dan terima kasih atas kehadiran Fellow Kanan SBT, Puan Hajah Junaidi binti Santono bersama rombongannya yang terdiri dari pentadibir SMS Sultan Iskandar, Mersing dan SMAP Kajang.

  

   
 

   

    

SENARAI AJK PIBG SBPIS 2014 - 2015

AJK IBU BAPA


Bil

Nama AJK Ibu bapa

Nama anak
1
Ab Yazik b Katan
(Y DP )
Aiman Haziq
(3 Sat 2014)
2
Dr Hasmah bt Hashim
 ( NYDP )
Muhammad Khairul Redzwan B Shahrudin
(3 W 2014)
3
En Zulkifli b Basiron
Amal Hidayah
(5Ibnu 2014)
4
Pn Rozilah bt Nemat
Nuraqilah Hamizan
(5 New 2014)
5
En Mohd Marhakim b Hassan
Farah Ain Natasha b Marhakim
(3P 2014)
6
Hazman b Hj Kasim
Yasmine Hamka bt Hazman
(2W 2014)
7
Hamirrudin b Mahat
Dinah Nabilah bt Hamirrudin
(1P 2014)
8
En Maslan b Zainon
Irdina Bt Maslan
(1W 2014)



AJK PIBG GURU

Bil
Nama AJK Guru
Jawatan
1
En Karim b Bayok
Penasihat/ Ex-Officio
2
Tn Hj Sharif b Ebok
AJK Guru
3
En Ramli b Abdullah
AJK Guru
4
En Ismail b Ahmad
AJK Guru
5
En Muhammad Shaifuren b Ab Halim
SU
6
 (Pen. SU)
AJK Guru
7
Cik Mastura bt Bujal
Bendahari
8
(Pen. Bend)
AJK Guru

MESYUARAT AGUNG PIBG SBPIS 2014


      Persatuan Ibu bapa Dan Guru SBP Integrasi Selandar telah mengadakan Mesyuarat Agung kali ke-12 tahun 2014 pada 15Feb 2014 di Dewan Gemilang dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Pihak sekolah amat mengalu-alukan kehadiran ibu bapa serta waris ke mesyuarat ini bagi sama-sama mendengar pembentangan minit dan belanjawan akaun PIBG bagi tahun 2013. Selain itu, mesyuarat juga telah menjalankan sesi perlantikan AJK yang baru tahun 2014/2015 dan seterusnya membincangkan usul-usul yang telah dibangkitkan dalam borang usul yang telah diedarkan.

Ibu bapa berkumpul di Dewan Gemilang SBPIS
        Mesyuarat dirasmikan oleh Encik Rospendi bin Leman, Timbalan Pengerusi Kumpulan Melaka Berhad, pada jam 10 pagi.                                        
Ketibaan tetamu kehormat 
Penghargaan kepada AJK PIBG 2013/2014

Sesi bergambar AJK lama & baru


                            

   Terima kasih kepada semua ibu bapa / waris yang telah hadir pada Mesyuarat Agung PIBG SBPIS kali ke-12 ini. Tahniah juga diucapkan kepada semua Jawatankuasa yang telah dilantik secara sebulat suara bagi mewakili para ibu bapa serta guru SBPIS.

PROTON MENJUARI MERENTAS DESA SBPIS 2014

Tarikh   : 13 Februari 2014 (Khamis)
Masa    : 2.45 petang
Keputusan mengikut kategori :


  1.  Lelaki Kelas 1 : Telekom
  2. Lelaki Kelas 2 : Proton
  3. Perempuan Kelas 1 : Proton
  4. Perempuan Kelas 2 : Telekom
Keputusan Keseluruhan :


  1. Proton
  2. Telekom
  3. Petronas
  4. Modenas
  

       

  

 

PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA KERANJANG SBPIS

  Tarikh    :  10 Februari 2014 (Isnin)
  Maasa   :   3.30 - 6.30 petang
  Tempat  :   SMS Muar, Johor

Keputusan pertandingan:

  •  Pasukan Perempuan
           Menang dengan mata 58 - 10
  • Pasukan Lelaki
          Menang dengan mata 36 - 18




SBPIS menerima kemasukan tingkatan 1 kali ke 2/2014

12 Februari 2014, sekali lagi SBPIS menerima warga barunya apabila seramai 13 orang pelajar mendaftar untuk pengambilan kedua tingkatan 1. Warga SBPIS mengucapkan selamat datang dan mari bersama melakar sejarah membina insan cemerlang. Di sini lahirnya pemimpin!.


      


  

PRA MERENTAS DESA SBP INTEGRASI SELANDAR 2014

  Tarikh : 10 Februari 2014 (Isnin)
   Masa :  3.45 petang

Aturcara Pra Merentas Desa:

Masa
Acara
3.45 pm
Peserta berkumpul di padang
JK Check point bersedia
Peronda memeriksa check point dan trek
4.00 pm
Peserta perempuan bawah 15 tahun dilepaskan
4.05 pm
Peserta perempuan bawah 18 tahun dilepaskan
4.10 pm
Peserta lelaki bawah 15 tahun dilepaskan
4.15 pm
Peserta lelaki bawah 18 tahun dilepaskan
5.00 pm
Tamat

 


  

  

  


   

WARGA SBPIS BERSAMA KOMUNITI BATANG MELAKA DALAM SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1435H

       7 Februari 2014, Jumaat, warga SBPIS bersama komuniti Batang Melaka meraikan sambutan Maulidur Rasul. Sambutan bersama ini dianjurkan oleh Masjid As-Syakirin dan JKKK Batang Melaka turut disertai oleh penduduk Batang Melaka,  SBPIS, SK Batang Melaka, SRA JAIM Batang Melaka dan PLKN Asahan, Jasin. Majlis tersebut dimulakan dengan perarakan dari padang SBPIS pada jam 5.30 petang menuju ke Masjid As-Syakirin, Batang Melaka. 

Berkumpul di padang SBPIS untuk taklimat dan perarakan
  
  

   

     "Panduan Muslim Mencintai Rasul" adalah tajuk ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Amran bin Yusuf. Beliau menyampaikan kisah hidup Rasulullah, panduan mencintai Rasulullah dan muhasabah cinta rasul. Ustaz Amran menyebut akhlak Rasulullah adalah al-Quran. "Tidak kira di mana Rasulullah SAW berada, akhlak baginda tetap terjaga. Begitulah hidup kita sebagai muslim perlu menjadikan al-Quran sebagai panduan dan hidup dalam berakhlak mulia."