PEMANTAUAN KEMENTERIAN UNTUK JUSA C - PENGETUA

Seramai 4 pengawai dari Kementerian Pelajaran, Bahagian Teknik dan Vokasional telah membuat pemantauan di SBPIS bagi menaikkan Gred Pengetua Kanan En Karim Bin Bayok ke Gred JUSA C. Semua aspek telah dipantau termasuklah guru-guru di bawah penjagaan Tuan Pengetua.

MAJLIS RESTU ILMU PELAJAR PMR

Satu majlis Restu akan diadakan pada 6/10/2009 di Dewan Gemilang SBPIS. Majlis ini khas untuk pelajar-pelajar yang akan menghadapi Peperiksaan PMR pada 7 - 12/10/2009. Dalam majlis ini KP subjek akan memberi sedikit perangsang dan semangat kepada pelajar-pelajar bagi menghadapi PMR. Begitu juga pihak pentadbir akan memberi sentuhan terkahir kepada pelajar tersebut.Warga SBPIS mendoakan pelajar berjaya dengan CEMERLANG. AMIN....

"SENDING OFF" TN HJ BAHARUDIN HUSIN


Tarikh 1 OKTOBER 2009, merupakan tarikh Tuan Hj Baharudin PK HEM SBPIS ke SMS Rembau Negeri Sembilan sebagai PK Akademik .Warga SBPIS mengucapkan setinggi-tinggi Tahniah dan diharapkan beliau dapat menjalankan tugas dengan jayanya dan cemerlang. Pada 5 OKTOBER pula, merupakan beliau diberi penghormatan yang terakhir di SBPIS dengan satu majlis "SENDING OFF" dan juga pemberian cenderamata dan salam salaman guru dan murid.

PROGRAM BACAAN YASSIN DAN SOLAT HAJAT


Program Bacaan Yassin dan dan Solat Hajat khas untuk pelajar yang menghadapi peperiksaan PMR dan SPM telah diadakan pada tarikh 3 Oktober 2009. Ibu bapa pelajar terlibat pada keseluruhan telah hadir bagi menyempurnakan program tersebut