SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SBP INTEGRASI SELANDAR MELAKA (SISMe)

TAHNIAH KEPADA PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 3 2012 ATAS KEJAYAAN DALAM PMR

Seramai 32 orang pelajar mendapat keputusan 9A dan seramai 30 orang mendapat keputusan 8A. Diharap kepada pelajar yang kurang berjaya dapat meningkatkan usaha untuk berjaya dengan cemerlang dalam SPM 2014.

MAJLIS GRADUASI KALI KE-8 SBPI SELANDAR 2012

SBPIS 20 Sept 2012 Majlis Graduasi kali Ke-8 SBPI Selandar telah diadakan dengan penuh gilang gemilang dan dirasmikan oleh Tuan Hj.Tajuddin bin Sulaiman Ketua Pegawai Eksekutif Bintang Printing Centre Sdn. Bhd.  Majlis ini telah menjadi acara tahunan SBPIS dan merupakan kemuncak bagi pelajar SPM sebelum mereka menghadapi Peperiksaan tidak lama lagi. Selain itu, majlis ini adalah satu pengiktirafan dan penghargaan kepada para pelajar yang telah berjaya menamatkan pembelajaran sehingga menduduki SPM yang akan menjelang tiba. Majlis yang berprestij ini diharap dapat memberikan perangsang dan motivasi kepada pelajar untuk mencapai kecemerlangan dalam SPM dan seterusnya mampu bersaing dengan pelajar di SBP yang lain. Tahniah diucapkan kepada calon-calon SPM 2012.

PROGRAM BENGKEL SKOR A+ (SPM)

MAJLIS RESTU ILMU PMR

Sbpis 8-oktober 2012, Majlis Restu Ilmu pelajar ting.3 (PMR 2012) telah diadakan, program ini sudah menjadi tradisi tahunan Sbpis, sebagai persiapan terakhir sebelum menghadapi PMR yang akan bermula 9-oktober ini. Majlis bermula pada pukl 9 Pagi, dimulakan dengan ucapan PK Hem seterusnya ucapan Tuan Pengetua, kemudian ucapan daripada guru matapelajaran masing-masing dan diakhiri dengan ucapan Tuan Hj.Syarif Bin Ebok PK1 Sbp Integrasi Selandar.Setelah selesai sesi ucapan, wakil pelajar tingkatan 3 Mohd Najmi bin Ab. Fatah telah melafazkan ikrar janji kecemerlangan, majlis diteruskan lagi dengan penyerahan kad ucapan daripada guru kepada pelajar ting.3 yang diwakili oleh Mohd Najmi Bin Abd Fatah. Majlis diakhiri dengan bersalam-salaman bersama guru-guru.
  

MUKTAMAR SANAWI BADAR SBPI SELANDAR 2012

03-oktober 2012 bertempat di Surau al-Karim telah diadakan Muktamar Sanawi Badar Sbpi Selandar kali ke-9. Majlis berlangsung dengan penuh gilang-gemilang, dimulakan dengan ucapan daripada bekas Masu'l Badar sesi 2011-2012. Kemudian diteruskan dengan ucapan Guru Penasihat Badar Ustaz Nizam Bin Che Hassan, dalam ucapan beliau banyak memberikan penekanan terhadap tanggungjawab yang seharusnya dilaksanakan oleh kepimpinan badar yang baru. Seterusnya ucapan perasmian oleh En.Ramli Bin Abdullah, beberapa intipati penting ucapan beliau adalah, badar merupakan Organisasi yang penting dalam usaha untuk membangunkan modal insan , sahsiah, kerohanian dan disiplin para pelajar. Beliau berterima kasih kepada pimpinan Badar sesi 2011/2012 kerana banyak membantu pihak sekolah. Akhir sekali, penyerahan watikah perlantikan kepada pimpinan Badar 2012/13 yang disampaikan oleh PK HEM Sbpi Selandar En.Ramli Bin Abdullah.

MAJLIS SOLAT HAJAT DAN BACAAN YAASIN 2012


12 Zulkaedah 1433 H (Jumaat) - Bertempat di SBP Integrasi Selandar, telah diadakan majlis Solat Hajat dan bacaan Yaasin pelajar tingkatan 3 & 5, 2012 dengan jayanya, alhamdulillah. Majlis yang bermula jam 9.30 pagi tadi diserikan dengan kehadiran ibu bapa serta keluarga para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan PMR dan SPM pada tahun ini. [Selanjutnya]...........

SISTEM PENGURUSAN FAIL PBS [klik disini]

SBP Integrasi Selandar Menyertai Karnival Bahasa Arab Jemputan antarabangsa Anjuran SBP Integrasi Kubang Pasu 

Baca Seterusnya..............

 

MAJLIS PERLANTIKAN PENGAWAS SESI 2012-2013

SBPI Selandar 24-Sept 2012 Majlis Perlantikan Pengawas Sesi 2012-2013 telah diadakan dengan gilang gemilang, majlis diserikan dengan kehadiran Tuan DSP Muhd Nurhishamuddin B. Hashim Ketua Polis Daerah Jasin, Melaka ,seterusnya merasmikan majlis ini .Pengawas yang baru dilantik untuk sesi 2012-2013 menandatangani ikrar dan seterusnya melafazkan ikrar mereka. Selesai bacaan ikrar ,mereka menerima penyerahan Watikah Perlantikan rasmi sebagai Pengawas SBP Integrasi Selandar Sesi 2012-2013.

SAMBUTAN HARI RAYA PERINGKAT SEKOLAH 2012

SAMBUTAN AMBANG KEMERDEKAAN 2012 SBP INTEGRASI SELANDAR

"55 TAHUN MERDEKA JANJI DITEPATI"
Tempat: Dewan Gemilang SBPIS
Masa:    8.45 Malam
Tarikh: 30 Ogos 2012

PROGRAM YAUMUL MAWADDAH 2012

Pada 11 april 2012 yang lalu,telah berlangsungnya Program Yaumul Mawaddah anjuran Badan Agama Dakwah Dan Rohani(BADAR).Program ini telah melibatkan semua pelajar tingkatan 4 yang  seramai 169 orang. Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara pelajar tingkatan 4.Selain itu juga,ia dapat memupuk semangat kerjasama antara pelajar ketika diberikan tugasan dan  dapat menimba pengalaman serta pengetahuan.Setiap kelas telah diberikan tugasan masing-masing.Kelas Ibn Sina dan Eistein dibahagian memasak lemang.Kelas Benz pula dibahagian dodol,manakala kelas Ar-Razi,Newton dan Edison dibahagian BBQ.
Pada pukul 8 pagi,para pelajar tingkatan 4 telah berkumpul di belakang Dewan Makan untuk sesi taklimat penyembelihan ayam.Sesi taklimat ini telah disampaikan oleh Ustaz Jaafar.Selepas itu,para pelajar diberi peluang untuk menyembelih ayam.Pelbagai aksi dan gelagat pelajar dapat dilihat.Ini merupakan pengalaman pertama bagi mereka yang tidak pernah menyembelih ayam.Aktiviti ini berakhir pada pukul 10 pagi.
Pada pukul 11.30 pagi,pelajar-pelajar muslimin dan muslimat daripada kelas Ibn Sina dan Eistein telah berkumpul di Rumah Tetamu bagi bahagian memasak lemang.Tugasan dibahagikan kepada dua.Tugasan bagi pelajar muslimat ialah menyiapkan bahan-bahan unutuk memasak lemang manakala pelajar muslimin pula dikehendaki untuk menyiapkan tempat pembakaran untuk membakar lemang.Separuh daripada pelajar muslimah telah diminta untuk menyediakan bahan untuk perapan ayam yang dibantu oleh seorang makcik.Sementara itu,pelajar yang lain telah diberi tugasan untuk membersihkan ayam yang telah dipotong di belakang Dewan Makan.
Selepas solat fardu zuhur,para pelajar bergerak ke tempat masing-masing.Bagi kelas Ar-razi,Newton dan Edison  telah diberi tugasan untuk membakar ayam.Manakala,kelas Benz pula di beri tugasan untuk memasak dodol.BBQ,lemang dan dodol telah mula dimasak pada pukul 2 petang.Para pelajar bergotong-royong melakukan tugasan yang diberikan.Mereka  berganti-ganti  melakukan tugas yang diberikan.
Acara kemuncak bagi program Yaumul Mawaddah ialah selesai sahaja solat terawih dan witir iaitu pada pukul 10 malam.Para pelajar tingkatan 1 sehingga tingkatan 5 telah datang ke  hadapan rumah flat guru di mana makanan  telah dihidangkan.Terdapat beberapa orang pelajar tingkatan 4 yang menjaga bahagian makanan.Hal ini kerana untuk mengelakkan berlakunya ketidak kecukupan makanan.Lemang telah diagih-agihkan mengikut kamar di asrama muslimat dan muslimin.Setiap kamar mendapat 3 batang lemang dan 2 bekas dodol.
Setelah memastikan tiada pelajar yang datang,kami telah bergotong-royong membersihkan tempat-tempat yang digunakan.Kemudian, kami menikmati makanan yang ada.Selesai sahaja menikmati makanan,pelajar tingkatan 4 pulang ke kamar masing-masing.Bahagian BBQ pula telah selesai membakar  dan mengemas pada pukul 1.45 pagi.Ayam BBQ yang lebih telah dibahagikan antara pelajar  untuk dibawa pulang ke kamar.Selebihnya diberikan kepada  pekerja Dewan Makan untuk dimakan waktu sahur nanti.Selesai mengemas,pelajar tingkatan 4 Ar-Razi,Newton dan Edison pulang ke asrama.Walaupun penat tetapi kami berasa gembira kerana dapat menimba pengalaman yang tidak pernah dirasai.Kami berharap pada tahun-tahun yang akan datang program Yaumul Mawaddah akan diadakan dengan lebih baik lagi.

PROGRAM KEMBARA RAMADHAN (ISMA)

Pada 8-08-2012, Institut Seni Malaysia Melaka (ISMMA) telah mengadakan Program Kembara Ramadhan 2012 di Sbpi Selandar, Objektifnya adalah untuk menyampaikan sumbangan hari raya kepada pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan daripada kalangan pelajar  yatim piatu dan miskin. Pelajar- pelajar yang terpilih adalah daripada kalangan mereka yang telah mengikuti program Sekolah angkat ISMA (Tarian & Rebana keras). Semoga usaha murni ini mendapat keberkatan dari Allah (S.W.T)

PROGRAM CINTA AL-QUR'AN


Program Minda Segar Kimia 2012

khamis 2 Ogos 2012, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar telah mengadakan Program Minda Segar Kimia untuk semua pelajar tingkatan 4 SBP Integrasi Selandar. Program ini dianjurkan oleh guru-guru praktikal dengan kerjasama pihak sekolah dan kaunselor di SBP Integrasi Selandar. Antara pengisian dan objektif sepanjang program ini adalah untuk:

1.     Memperkenalkan prospek kimia kepada para pelajar.
2.    Mendedahkan cabang-cabang kimia yang boleh diterokai kepada para pelajar.
3.    Memberi  kesedaran kepada para pelajar tentang kepentingan dan keistimewaan kimia dalam kehidupan seharian.
4.    Mendedahkan kedah-kaedah mudah untuk memahami formula dan persamaan kimia.

Program ini berlangsung selama 2 jam iaitu dari jam 10:00 sehingga jam 12:00 bertempat di bilik muzik SBP Integrasi Selandar. Penceramah jemputan  program ini adalah Prof. Madya Dr. Mansor Bin Ahmad. Beliau merupakan Ketua Jabatan Kimia Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia. Beliau juga merupakan pensyarah yang mencerap matapelajaran Kimia bagi guru-guru praktikal di SBP Integrasi Selandar. Sebelum sesi ceramah dimulakan oleh Prof. Madya Dr. Mansor Bin Ahmad, majlis diserikan dengan bacaan doa oleh seorang pelajar tingkatan 4 dan ucapan aluan oleh Pn. Hjh. Kamsiah bt Sidin yang merupakan Guru Kanan Matapelajaran Sains dan Matematik. Terdapat soal jawab di antara penceramah dengan pelajar-pelajar. Pelajar-pelajar menunjukkan reaksi yang sangat baik sepanjang program berlangsung.



Program Ihya' Ramadhan SBPIS Bersama Jpn Melaka


Interaksi Bersama Alumni (INTEL) 2012

MAJLIS PERLANTIKAN CALON PENGAWAS & MAJLIS TERTINGGI PENGAWAS 2012

16 Julai 2012 SBPIS telah mengadakan majlis perlantikan calon Pengawas dan Majlis Tertinggi Pengawas 2012. Seramai 37 Pengawas percubaan yang terdiri daripada pelajar  tingkatan 2,3,4 dan Seramai 10 orang calon Majlis Tertinggi Pengawas telah di berikan surat perlantikan masing-masing. Harapan warga SBPIS semua calon pengawas yang telah dilantik dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan penuh amanah.

PROGRAM GILAPAN PERMATA SEKOLAH TUANKU JAAFAR

Seramai 10 orang pelajar STJ Negeri Sembilan telah mengadakan program penanda arasan pada 8-13 Julai di SBPIS. Pelajar-pelajar ini telah ditempatkan dalam kelas 5 Benz, kelas aliran Sains Teknikal di sekolah ini.
KARNIVAL 1MURID 1SUKAN SBP 2012
Tarikh  : 11 - 15 Julai 2012
Tempat : SMS Tengku Muhammad Faris Petra & SMS Pasir Puteh, Kelantan

Program : 1) Kejohanan Ragbi 10's
                2) Kejohanan Bola Jaring
                3) Kursus Setiausaha Sukan SBP

PROGRAM HARI KOKURIKULUM, HARI KOPERASI DAN MALAM KESENIAN ISLAM SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI SELANDAR TAHUN 2012.

Aturcara Majlis Perasmian
Hari Kokurikulum dan Hari Koperasi
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar
tahun 2012

8.00 pg                  Peserta mengambil tempat di Dewan Gemilang
8.20 pg                  Guru-guru mengambil tempat di Dewan Gemilang
8.45 pg                  Perarakan Tetamu Jemputan dari Surau ke Dewan Gemilang
                            Sambutan daripada pasukan silat
                            Menerima tabik hormat dan seterusnya memeriksa Perbarisan Kehormat
9.00 pg                  Tetamu dan pihak Pentadbir mengambil tempat
                            Nyanyian Lagu Negaraku, Melaka Maju Jaya dan Lagu Rasmi Sekolah
                            Bacaan Doa
                            Persembahan Pelajar (Overture)
                            Perutusan Hari Koperasi daripada TPM/ Menteri Pelajaran
9.15 pg                   Ucapan Aluan Tuan Pengetua Cemerlang SBP Integrasi Selandar
9.30 pg                  Ucapan Perasmian
                        Y.Bhg En. Ab Yazik bin Katan
                        Yang Di Pertua PIBG SBP Integrasi Selandar
                            Penyampaian Anugerah Koperator Guru dan Koperator Pelajar
                            Penyampaian Cenderahati
                            Penanaman pokok ,Hari Koperasi
10.15 pg                   Lawatan ke Tapak Gerai dan Pameran Jamuan

 TENTATIF PROGRAM HARI KOKURIKULUM,
HARI KOPERASI DAN MALAM KESENIAN ISLAM
SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI SELANDAR
TAHUN 2012.


LAWATAN JEMAAH NAZIR (PENARAFAN SBT&KLUSTER) 2012

UCAPAN TAKZIAH

Seluruh warga SBP Integrasi Selandar mengucapkan Takziah kepada Puan Rohani diatas kepulangan Ibundanya yang tercinta kerahmatullah, semoga Allah (SWT) mengampunkan segala kesalahan dan menempatkan almarhumah dikalangan hamba-hambaNya yang soleh.

ANUGERAH TAWARAN BARU (BAI'AH) 2012

TAHNIAH, Kepada warga SBPI Selandar atas kejayaan mendapat Anugerah Tawaran Baru (BAI'AH) Kementerian Pelajaran Malaysia dua tahun berturut-turut.