SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SBP INTEGRASI SELANDAR MELAKA (SISMe)

Hari Keluarga Warga SISME - Kelab Guru dan Staff

Pada 14 dan 15 April 2018 telah diadakan Hari Keluarga SISME anjuran Kelab Guru dan Staff di Tanjung Bidara Beach Resort. Antara aktiviti yang berlangsung ialah bbq, sukaneka guru staff dan anak-anak, mandi pool, sambutan hari jadi anak-anak dan selebihnya aktiviti santai. Tujuan hari keluarga diadakan adalah untuk mengeratkan ukhwah yang lebih erat dikalangan warga SISME serta keluarga. Tahniah kepada team Kelab Guru dan Staff kerana menganjurkan aktiviti yang sangat menarik dan meaningful.






Pertandingan Robotik Peringkat Kebangsaan SBP 2018

Alhamdulillah , SISME buat pertama kali menyertai pertandingan ini. Pertandingan ini telah diadakan di SM Sains Kota Tinggi, Johor pada 12, 13 dan 14 April 2018. walaupun hanya mendapat saguhati sahaja , pengalaman bertandingan bersama sekolah yang hebat dalam bidang ini seperti SAKTI yang taraf internaional , memberi impak yang besar kepada pelajar robotik SISME khususnya. Semoga dengan penglibatan ini memberikan batu loncatan kepada pelajar SISME untuk menghasilkan robot lego yang lebih menarik di masa mendatang.

MIYIO 2018

Assalamualaikum wbt,
Malaysian International Young Inventors Olympiad 2018 (MIYIO 2018, 13-15 March 2018) at SMS Mohd Jiwa, Sg Petani, Kedah
Alhamdulillah SISME telah memenangi silver medal bagi kategori Environmental yg diwakili oleh 2 orang pelajar:
1. Muhammad Idris bin Mohd Hairie (5 Ibnu Sina)
2. Amirrudin Akmal Bin Harunarasid (5 Al Razi)
Tahniah diucapkan!


Pertandingan Pidato Piala diraja Daerah Jasin

Pada 10 April 2018
Keputusan Pertandingan Pidato Piala Diraja SM Daerah Jasin.
Johan : SMK Datuk Abd. Rahman Yaakub
Naib Johan : SBPI Selandar
Ketiga : SMA JAIM As  Saiyidah Khadijah
Keempat : SMK Dang Anum


SISME layak ke peringkat negeri...Alhamdulillah, semoga team pidato terus cemerlang, aminnn.